Wednesday, December 5, 2012

Soul Journey Legend ~ Hikayat Perjalanan Roh

Reminder before start this journey: IF YOU DON'T LIKE IT, JUST IGNORE IT BECAUSE IT IS OUT OF THE BOX :)
[Peringatan sebelum mulakan perjalanan ini: JIKA ANDA TIDAK MENYUKAINYA, SILA ABAIKAN KERANA IANYA DI LUAR KOTA PEMIKIRAN:) ]
This information is for people that have faith & open minded.. sharing is caring .. InsyaAllah (with God willing) Will try to update this album during our journey later k. Some said its a spiritual, some said its a Techno Science.. To life in the soul journey.. we will discover the unreal or 'Out of The Box'.,, so guys lets us discover the truth behind of it :)
[Maklumat ini untuk mereka yang ada keyakinan/keimanan & pemikiran terbuka... berkongsi adalah mengambil berat.. InsyaAllah (dengan izin Allah) Akan cuba untuk kemaskini album ini sepanjang perjalanan kita nanti k. Sesetengah menyatakan alam roh, ada menyatakan Ilmu Alam... Utk hidup di perjalanan roh.. kita akan menemui sesuatu yg hampir mustahil,,,. jadi kepada semua mari kita bersama-sama mencari kebenaran terhadap perkara ini :) ]

All write up in here is a Copyright by: 'Perjalanan Roh' a members of Bersatu Magnetic Train Group ~ 0..1..0
[Semua penulisan di sini adalah ini adalah Hakcipta dari: 'Perjalanan Roh' ahli Kumpulan Bersatu 'Magnetic Train' ~ 0..1..0]


Introduction To Techno Science Part 1: 7 Heaven, 7 Hell , 7 level of spiritual , 7 Urge , 7 layer of the sky, 7 layer of earth, 7 color of Rainbow N lot's more..
[Pengenalan Terhadap Ilmu Alam Part 1: 7 Syurga, 7 Neraka, 7 peringkat roh, 7 lapisan langit, 7 lapisan bumi, 7 warna Pelangi & banyak lagi...]


The Element Part 1:
Got 4 Basic Elements, each of it have goodness & badness. To know the meaning of these Elements..lets me share to all of you:
[Unsur Topik 1:
Ada 4 Unsur Asas, setiap darinya mempunyai kebaikkan dan keburukan. Untuk mengetahui maksud setiap unsur ini... izinkan saya berkongsi kepada anda semua:]


Earth - "The Defender" - Green
Air/Wind - "The Protector" - Yellow
Water - "The Angel" - Blue
Fire - "The Punish-er" - Red

Tanah - "Pertahanan" - Hijau
Udara/Angin - "Pelindung" - Kuning
Air - ""Malaikat" - Biru
Api - "Penghukum" - Merah

IS this just a story OR more then that? :)
[Adakah Ini adalah hanyalah cerita ATAU lebih dari tu? :)]
Ask your heart and seek the truth..
[Tanyalah hati dan carilah kebenaran..]

THE STORY BEGINS....
[CERITA INI BERMULA...]

Once upon a time, Earth always playing with the Water... always teasing & fooling around. While above the sky, The Protector that using the soul (Rob - Muslim, Holly Ghost - Christian, Raabai - Jews) & The Punish -er (Devil) also do the same.
[Pada suatu masa, Tanah sentiasa bermain dengan Air....bergurau senda & menyakat antara satu sama lain. Sementara di atas langit, Pelindung yang menggunakan roh (Rob - Islam, Holly Ghost - Kristian, Raabai - Yahudi) & Penghukum (Iblis) juga berbuat perkara begitu.]

One day.. both of them be send by the God to the earth from the sky (The Protector change to 'Wind' while The Devil change to 'Fire'...& the journey of life have begin.. (to be continue).
[Satu hari.. kedua mereka telah dihantar oleh Allah ke dunia dari langit (Pelindung bertukar menjadi 'Angin' sementara Iblis bertukar menjadi 'Api'...& perjalanan kehidupan pun bermula....( bersambung)].



The Element Part 2:
[Unsur Topik 2:]

Is the Ending of World is coming?
[Adakah Hari Kiamat sudah hampir?]

Do you that have religion & faith already read & understand 'The Book from God''?
(Muslim ~ Al Quran), (Christian ~ Bible), (Jewish ~ Psalms), (One God -torah) & (others religious book)
[Adakah anda yang mempunyai agama dan keyakinan sudah membaca & memahami 'Buku dari Allah'?
(Islam - Al-Quran), (Kristian - Injil), (Yahudi ~Zabur), (satu Tuhan -Taurat) & (lain2 buku agama lain)]

What 'The Book' tell you about 'The Ending of The World'?
[Apa 'Buku tersebut' nyatakan kepada anda mengenai 'Akhir Zaman / Hari Kiamat'?]

If you don't trust or no religion, do you believe in science? Do your groundwork / research, for now open Google, YouTube , NASA website or anywhere...around also might be helpful to make you understand what I am trying to share in here.
[Jika anda tidak percaya atau mempunyai agama, adakah anda percayakan sains? Buat kajian / pemerhatian, pada ketika ini bukalah Google, You Tube, laman web NASA atau apa-apa saja...keadaan keliling juga akan membantu anda memahami apa yang saya cuba kongsikan di sini.]

Open your heart and let the journey begin... (to be continue).
[Bukalah hati anda dan mulakan perjalanan ini... (bersambung)].




SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT & MAKRIFAT
[SHARIAT, TARIQAT, HAQIQA & MARIFAT]

Catatan ini khas untuk sahabat Islam & untuk sahabat bukan Islam ianya sebagai maklumat sahaja.
[This note specially for Muslim friend & for non-Muslim friends it as information only]

Assalammualaikum, kepada yang ikhlas untuk berkongsi ILMU, terima kasih diucapkan kerana ILMU adalah untuk dikongsi bukan untuk dimegah-megah atau untuk dihormati (***Dalil 1***rujukan dalil di bawah sekali). InsyaAllah, semua yang baik atau buruk datangnya dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana Allah Maha Bijaksana, Maha Mengetahui & Maha Pengasihani. InsyaAllah sebagai Islam dan umat Rasullullah, izinkan saya berkongsi ilmu dengan tiada niat utk sesiapa mengikutinya atas apa yang ingin saya coretkan di sini kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah yg terakhir yang WAJIB kita ikuti berdasarkan Al Quran dan Hadith & bukan dari insan lain.
[May peace be upon you, to the sincere that share KNOWLEDGE, my sincere thanks for KNOWLEDGE that been shared not to be majestic to oneself or to be respected (*** Evidence 1 *** refer evidence below). God willing, all good or bad comes from God the Most Gracious; Most Loving because God is All-Wise, All-Knowing & Most Merciful. God willing, as Islam and the follower of Prophet, let me share the knowledge with no intention for anyone to follow it base on what I wrote in here because the Prophet Muhammad was the last messenger of Allah who we MUST follow based on the Quran and ‘Hadith & not simply from other people.]

Saya secara kebetulan sedang melalui ilmu alam/techno science & maklumat di bawah adalah apa yg saya faham disaat & ketika ini dan ianya berdasarkan 4 Asas Ilmu yang perlu ada di dalam mana-mana Ilmu yang kita pelajari.
(Nota: Definasi di bawah adalah secara keseluruhan yg saya fahami semasa mengikuti ilmu 'Techno Science')
[I happened going through the natural sciences / techno science & information below is what was I understand at this time and it is based on 4 Basic knowledge there should be in any of the knowledge that we learned.
(Note: The definition below is my overall well-understood while pursuing knowledge 'Techno Science')]

1. SYARIAT
RINGKASAN: SYARIAT = TANAH = HIJAU = PELINDUNG = BERDIRI = PERMULAAN CERMIN DIRI
Huraian: Bunyinya hampir sama dengan 'syarat' iaitu asas kepada undang-undang & hukum- hakam, dosa & pahala (ibarat biji benih yg tumbuh menghasilkan akar ) = Unsur TANAH (manusia/jasad dijadikan dari tanah) = Warna HIJAU (tegap & tetap) = Sifat: PELINDUNG (Diri) - Posisi solat: BERDIRI
Tambahan:
Cara Kristian bersembahyang = Pembangunan/Pemodenan
Warna Hijau = Pemakaian Tentera
[1. SHARIAT
SUMMARY: SHARIAT = EARTH = GREEN = DEFENDER = STAND = BEGINNING OF PERSONAL WINDOW
Description: This sounds very similar to ‘syarat' (condition) the basis of the laws & rules and laws, sin & reward (like a seed grows produces roots) = Element EARTH (human / body made from ground) = Color GREEN (firm & fixed) = Character: PROTECTOR (Self) - Prayer position: STAND
Extension:
Way Christians pray = Development / Modernization
Green Color = Military Application]

2. TAREKAT
RINGKASAN: TAREKAT = AIR = BIRU = MALAIKAT = RUKUK = PERMULAAN MENCARI DIRI
Huraian: Bunyinya hampir sama dengan 'ikatan', kaedah untuk memperkemaskan lagi kesungguhan amalan Syariat. Ianya jalan menuju ke Allah sebagai balasan ganjaran syurga (ibarat akar yg kuat menghasilkan sebatang pokok yang berdahan bercabang2 & dedaun) = Unsur AIR (2 Malaikat sentiasa bersama dgn kita) = Warna BIRU (Tenang & kebaikan) = Sifat: MALAIKAT – Posisi solat: RUKUK
Tambahan:
Cara Budha bersembahyang (ditambah sedikit unsur api/merah) = Perpaduan yang kuat
Warna Biru = Pemakaian Polis
[2. TARIQAT
SUMMARY: TARIQAT = WATER = BLUE = ANGEL = BOW = BEGINNING TO FIND YOURSELF
Description: This sounds very similar to 'ikatan' (bond), a method to streamline the determination Shariat practices. It is the road to God in return for heaven as reward (like a strong root produce tree with branches & leaves) = Element WATER (2 angels are together with us) = color BLUE (Calm & goodness) = Character: ANGEL - Positions prayer: BOW
Extension:
Buddhist way of praying (plus some element of fire / red) = Unity strong
Blue = Police Application]

3. HAKIKAT
RINGKASAN: HAKIKAT = ANGIN = KUNING = PENJAGA = PERMULAAN MENGENAL DIRI
Huraian: Bunyinya sama iaitu 'hakikat' & itulah hakikat kehidupan kita mengikut peredaran zaman, antara realiti kehidupan, darurat ataupun tidak mengikut kesesuian yg disulami dgn redha, tawakal, sabar dan sifat kebaikan yang lain (ibarat buah-buahan yg terhasil mengikut musim/keadaan dari sebatang pokok) = Unsur ANGIN (ianya berbentuk rohani di dalam diri kita di mana adanya penjaga) = Warna KUNING (kebijaksanaan,pembimbing) = sifat: PENJAGA/PEMBIMBING iaitu Raab (dlm Islam), Raabai (Yahudi), Holly Ghost/Spirit (Kristian) – Posisi solat: Duduk antara dua sujud
Tambahan:
Cara Yahudi bersembahyang = Bangsa yang paling pandai
Warna Kuning = Pemakaian Raja-Raja
[3. HAQIQA
SUMMARY: HAQIQA = WIND = YELLOW = GUARDIAN = BEGINNING KNOWING YOURSELF
Description: This sounds the same as ‘hakikat’ (fact) and the fact that our lives over the course of time, the reality of life, according to the suitability of an emergency or not punctuated with well-pleased, trusts, patience and good nature of others (like the fruit that resulted with the seasons / conditions from a tree) = Element WIND (it is spiritual within us to where there is a guardian) = Color YELLOW (wisdom, counselors) = Character: GUARDIAN that’s is Raab (in Islam), Raabai (Jewish), Holly Ghost/Spirit (Christian) - Position of the prayer: Sitting between the two prostrations
Extension:
Jewish way of worship = most clever Nations
Yellow = Application Rulers]

4. MAKRIFAT
RINGKASAN: MAKRIFAT = API = MERAH = PENGHUKUM = BERMULANYA MENGENAL ALLAH
Huraian: Ianya adalah peringkat lebih atas dari Hakikat iaitu peningkatan rohaniah membawa ke sikap Tiada diri/Penyerahan segala perbuatan untuk Allah (ibarat pokok yg berakar kuat, tegap & berbuah ranum menunggu masa dimusnahkan) = Unsur API (setiap syaitan berada di dalam setiap hati kita) = WARNA MERAH (Pembakar,Nafsu) = sifat: PENGHUKUM = Posisi solat: sujud
Tambahan:
Cara Hindu bersembahyang = Paling lasak
Warna Merah = Kebanyakan pakaian berperang (selain pasukan keselamatan)
[4. MARIFAT
SUMMARY: MARIFAT = FIRE = RED = Punisher = BEGINNING TO KNOW GOD
Description: It is more on the level of fact, an increase of spiritual leads to Selfless/Surrender all acts for God (like a well-rooted & strong tree, robust & ripe fruit waiting to be destroyed) = Element FIRE (each Satan is in all our hearts) = COLOUR RED (Burner, Lust) = Character: Punisher = position prayer: Prostrating
Extension:
Hindu way of worship = Most extreme
Red color = Most clothing war (other security forces)]

Santapan minda & rohani:
“JASAD (Tanah/Hijau) jika tidak diikat oleh NAFSU (Api/Merah) maka akan terputuslah ROH (Angin/kuning) dari badan dan kembalilah kita ke RAHMATULLAH (Rahmat Allah)”
Mind & spiritual feed:
"BODY (Earth / Green) if not bound by LUST (Fire / Red) it will cut off the SPIRIT (Wind / yellow) from the body and we will go back to God (Grace of God)"]

Kesimpulan:
Islam telah mencukupi keempat2 perkara asas tersebut. Sebagai contoh kesemua keempat2 posisi solat bagi agama lain tadi telah ada di dalam posisi solat Islam. Kita sepatutnya memahami cara agama lain dan Islam menjadi contoh dan tauladan kepada agama lain dan bukan sebaliknya. Hormat agama lain dan mereka akan menghormati agama kita.
[conclusion:
Islam has sufficient all the four basics. For example all the four position in prayers for other religions have been in the position of Islamic prayer. We should understand how other faiths and Islam a model and example to other religions and not the other way. Respect other religions and they will respect our religion.]

Pandangan saya keempat2 perkara tersebut perlu dilalui oleh kita semua mengikut pengalaman hidup masing-masing & ianya seperti sebuah roda yang sentiasa berputar tiada hentinya dan itulah setinggi-tinggi ILMU yang tiada batasnya. Di sini terdapat dua persoalan untuk renungan bersama yang boleh difikirkan serta diperbincangkan:
[In my view 4 of the matter should be go through by all of us according to our own experience of life & it is like a constantly spinning wheel and that seemingly endless and that is the deepest KNOWLEDGE boundless. Here are two questions for reflection which can be thought of together and discussed:]

Apakah tugas manusia sebenarnya di alam ini? (***Dalil 2***)
Benarkah manusia lengkap mempunyai 4 unsur tersebut selain unsur tanah? (***Dalil 3***)
[What is the real task for human in the universe? (Proof *** 2 ***)
It is really as a complete human will have all the four elements other then earth element? (Proof *** 3 ***)]

Penutup:
Akhir kata, ILMU adalah untuk dikongsi dan ‘sharing is caring’. Kesemua ILMU datangnya dari Allah kerana kita tidak mampu memiliki sebarang ILMU tanpa izin Nya (***Dalil 4***). Janganlah rasa EGO & bongkak serta bergaduh sesama sendiri di atas perselisihan pendapat bagi menegakkan pahaman ILMU masing-masing yang tak seberapa bagi menentukan yg mana benar yang mana bathil tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadith. Seeloknya antara cara yang terbaik adalah kita membuat Solat Ishtikarah (Solat Petunjuk) mohon petunjuk dari Allah di atas ILMU yang kita pelajari jika terdapat perasaan was-was/perselisihan pendapat. Tidak salah merujuk pada GURU atau org lain untuk mendapat pandangan serta penambahan ILMU dari mereka kerana di dalam pencarian ILMU kita juga perlu berguru. Hebatkah kita bila kita terasa begitu tinggi ilmu di dada hingga kita hanya mahu insan lain menghormati & mendengar apa yang di sampaikan oleh kita tetapi kita tidak mahu menghormati serta mendengar apa yang di sampaikan oleh insan lain pula. Sesungguhnya kebesaran Ilmu Allah melebihi langit dan bumi (***Dalil 5***).
[closing:
Finally, KNOWLEDGE is to be shared and 'sharing is caring'. All KNOWLEDGE comes from God because we cannot have any KNOWLEDGE without authorized by Him (*** Proof 4 ***). Don’t feel EGO & arrogant and fighting with each other over difference opinions to uphold own KNOWLEDGE understanding that is not how to determine the true self which falsehood without reference to the Qur'an (The Book of God) and ‘Hadith’. Preferably the best ways we make Ishtikarah Prayer (Prayer of Guidance) to seek guidance from God on KNOWLEDGE that we learn if there is a feeling doubt & difference of opinions. Not wrong to refer to the TEACHER or other people to gain insights and increase the KNOWLEDGE from them because in searching KNOWLEDGE we must also must have a teacher. Are we so great that’s we feel so high knowledgeable until we just want other people to respect & listen to what was saying by us but we do not want to respect and listen to what other people saying. The greatness of God Knowledge indeed beyond heaven and earth (Proof *** 5 ***).]

***Berikut adalah Dalil 1 – 5 mengikut coretan di atas berdasarkan Al Quran***:
[***Here are the Proof 1 to 5 according above note based on Al Quran (Book of God)***

Dalil 1: Surah An-Nisaa ayat 49 (4:49)
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri?(Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
Rujukan: http://www.alquran-melayu.com/4-an-nisaa/
[Proof 1: Surat An-Nisaa verse 49 (4:49)
Have you not seen those who claim themselves to be pure? Rather, Allah purifies whom He wills, and injustice is not done to them, [even] as much as a thread [inside a date seed].]
http://quran.com/4

Dalil 2: Surah Al-Baqarah ayat 30 (2:30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Rujukan: http://www.alquran-melayu.com/2-al-baqarah/
[Proof 2: Surat Al-Baqarah verse 30 (2:30)
And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."]
http://quran.com/2

Dalil 3: Surah At-Tin ayat 4 (95:4)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
http://www.alquran-melayu.com/95-at-tiin/
[Proof 3: Surat At-Tin verse 4 (95:4)
We have certainly created man in the best of stature;]
http://quran.com/95

Dalil 4: Surah Al-Baqarah ayat 31-33 (2:31-33)
[31]Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.
[32] Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
[33] Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.
http://www.alquran-melayu.com/2-al-baqarah/
[Proof 4: Surat Al-Baqarah verses 31-33 (2:31-33)
[31] And He taught Adam the names - all of them. Then He showed them to the angels and said, "Inform Me of the names of these, if you are truthful."
[32] They said, "Exalted are You; we have no knowledge except what You have taught us. Indeed, it is You who is the Knowing, the Wise."
[33] He said, "O Adam, inform them of their names." And when he had informed them of their names, He said, "Did I not tell you that I know the unseen [aspects] of the heavens and the earth? And I know what you reveal and what you have concealed."]
http://quran.com/2

Dalil 5: Surah Al-Kahf ayat 109 (18:109)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.
http://www.alquran-melayu.com/18-al-kahf/
[Proof 5: Surat Al-Kahf verse 109 (18:109)
Say, "If the sea were ink for [writing] the words of my Lord, the sea would be exhausted before the words of my Lord were exhausted, even if We brought the like of it as a supplement."
http://quran.com/18



The Self & Selfless Part 1:
[Diri & Tiada Diri Topik 1]

We all have our own EGO, DEVIL weakness is EGO....drop your EGO! What is SELF and what is SELFLESS??
[Kita semua mempunyai EGO, kelemahan syaitan adalah EGO....jatuhkan EGO anda! Apakah itu DIRI dan apakah itu TIADA DIRI??]

IN THIS END OF THE WORLD, GOT 2 TYPE OF HUMAN:
[DI DUNIA AKHIR ZAMAN INI, TERDAPAT DUA JENIS MANUSIA]:

for SELF or SELFLESS
[untuk DIRI atau TIADA DIRI]

Seek yourself, know about yourself before the time come or it will be late.
[cari diri anda, ketahui mengenai diri anda sebelum masanya tiba atau ianya akan terlambat.]

Note: Refer to the above picture.
'Self 2' - Self
'Self 1 - Selfish'
Don't to Self, it will become Selfish!
[Nota: Rujuk kepada gambar di atas.
'Self 2' - Diri
'Self 1' - Pentingkan Diri
Jangan terlalu Diri, ia akan jadi Pentingkan Diri]

To be continue...
[akan bersambung...]



(THE EARLIEST RELIGION IS TO KNOW GOD)
AWAL-AWAL AGAMA IALAH MENGENAL ALLAH

"BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM"
[In The Name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

[INTRODUCTION:
This information below is a combination of Techno Science with Islamic Knowledge, so this is to share to all Muslim friends in here. For non-Muslims, you are advised to refer to your own religion or belief respectively based on this Techno Science.]

PENDAHULUAN:
Maklumat di bawah ini adalah kombinasi Ilmu Alam dengan Ilmu Islam, jadi ianya dikongsikan kepada sahabat Islam di sini. Bagi yang bukan Islam, anda dinasihatkan untuk merujuk agama atau kepercayaan masing-masing berdasarkan Ilmu Alam ini.

Mungkin ada yang pernah terdengar ungkapan, jika hendak mengenal Allah kenalah kenal diri dulu atau mungkin ada yang tidak atau pertama kali mendengar ungkapan ini. Berikut adalah dalil yang saya rujuk di dalam Al Quran & Hadith:

1. Dalil Al-Quran:
Surah Al-Baqarah Ayat 115 (2:115)
And to Allah belongs the east and the west. So wherever you [might] turn, there is the Face of Allah . Indeed, Allah is all-Encompassing and Knowing.
“Kemana sahaja kamu menghadapkan muka kamu disitu ada wajah Allah”
http://quran.com/2

2. Hadis Qudsi:
Allah Berfirman dan disampai oleh Rasulullah S.A.W
a. “Sesungguhnya manusia itu rahsiaku dan Akulah yang menjadi rahsianya. Dan rahsia itu sifatku dan sifatku tiada lain, Aku lah jua”.
b. “Awaluddin Ma’rifatullah (Awal-awal agama ialah MENGENAL ALLAH)
Nota: Apakah itu Hadith Qudsi?
Sila Rujuk: http://ulumqurankuin.blogspot.com/2010/03/wahyu_13.html

Perlukah kita pelajari ilmu ‘Mencari Diri untuk ‘Mengenal Diri’ & seterusnya ‘Mengenal Allah’? Jawapannya ada pada diri masing-masing sebenarnya. Hijab ini akan terbuka pada diri setiap insan apabila sampai waktu dan masanya di atas izin Allah Taala. Pernahkah kita merasa tidak tenang di dalam hati seolah-olah kita terdengar bisikan hati kita sendiri? Siapakah bisikan hati itu? Cuba anda menutup kedua-dua belah telinga anda dan katakanlah sebaris ayat di dalam hati dan tumpukan ia betul-betul. Anda mungkin keliru bagaimana anda dapat mendengar suara anda di dalam hati anda sedangkan anda tidak membuka mulat berbisik apatah lagi berkata-kata. Berbalik pada persoalannya, bila hati kita tidak tenang , tanpa kita rancangkan sebaris ayat seperti contoh di atas, kita masih mendengar suara isi hati tersebut, “siapakah bisikan hati itu?”. Itulah antara jawapan yang di cari, sesungguhnya ilmu itu sudah ada pada diri setiap orang dan masing-masing mempunyai cara untuk mempelajarinya berdasarkan pengalaman & perjalanan hidup masing-masing.

Berpandukanlah kepada Al-Quran seterusnya diikuti oleh Hadith jika kita ingin mempelajari ilmu ini, InsyaAllah.
Dalil Al-Quran:
Surah An-Nur Ayat 35 (24:35)
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
http://www.alquran-melayu.com/24-an-nur/

Izinkan saya berkongsi penerangan cara kaedah yang saya amalkan bermula dengan ‘Cermin Diri’ . Walabagaimanapun ianya mengikut kesesuaian diri masing-masing.

LANGKAH PERTAMA – CERMIN DIRI
Secara asasnya kita kena tahu & belajar apakah itu ‘Cermin Diri’. Di sini penerangan saya berkenaan ‘Cermin Diri’.

Peringatan: Pendekatan mempelajari ‘Cermin Diri’ adalah bergantung kepada KEIKHLASAN hati masing-masing dengan izin Nya. Terlebih dahulu, marilah kita menghayati Surah Al-Ikhlas.
Dalil Al-Quran:
Surah Al-Ikhlas Ayat 1-4 (112: 1-4)
[1]Say, "He is Allah , [who is] ‘AHAD’,
Katakanlah Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] Allah , the Eternal Refuge.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] He neither begets nor is born,
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] Nor is there to Him any equivalent."
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
http://quran.com/112

Jangka masa untuk memahami, mempraktikkan apatah lagi menghayatinya terlalu subjektif bergantung pada setiap individu. Ianya mungkin memakan masa berminggu-minggu, ada yang berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun. Juga diingatkan apa yang ingin di sampaikan di sini sekadar berkongsi ilmu dan pandangan menerusi kaedah ini. Jika ada yang mengeluh memikirkan “Apa? MASA mungkin bertahun-tahun?”, Kembalilah kepada pemahaman IKHLAS dan MASA.
Dalil Al-Quran:
Surah Al-Asr Ayat 1-3 (103:1-3)
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
http://www.alquran-melayu.com/103-al-asr/

Perhatikan diri kita di sebuah cermin, kita akan dapat melihat diri kita sendiri, mata, telinga, mulut, pipi dan sebagainya. Cuba jika tanpa cermin? Kita mungkin tidak sedar jika terdapat kotoran di muka tanpa cermin di hadapan kita. Selalunya orang lain yang akan menegur kita atau kita yang akan menegur mereka dan bukan sebaliknya iaitu kita menegur diri kita sendiri (jarang terjadi) tetapi teguran kita/mereka samada baik/buruk itu ikhlas atau tidak? Wallahhualam.

Di dalam Facebook (MUKA BUKU) ini, ianya juga boleh diambil contoh ibarat kita membuka ‘Wall’ kita. Kita akan nampak maklum balas kawan-kawan, kita akan komen suka atau tidak dengan apa yang kita lihat dan baca di MUKA BUKU kita. Semuanya di dalam kawalan kita, jarang kita mendengar orang akan menyalahkan dirinya sendiri di dalam MUKA BUKU mereka kecuali untuk menarik perhatian. Ramai yang akan menyalahkan orang lain tanpa menyedari diri sendiri juga mempunyai kesalahan tanpa disedari. Kita akan masukkan gambar-gambar yang kita hendak orang melihatnya, berkata-kata untuk orang membacanya dan bukan sebaliknya. Sebagai contoh untuk memahami apa itu Cermin Diri , di sini saya sertakan satu senario:

Suatu hari kita terbaca di dalam sebuah akhbar bertajuk “Seorang Perompak telah menembak mati seorang pengawal keselamatan dan melarikan wang sebanyak XXXX.

Apakah pantulan cerita tersebut ke dalam diri kita? Mungkin ada yang akan menyatakan “Jahatnya perompak itu. Memang kau akan masuk ke Api Neraka selepas ini” & sumpah seranah yang lain.

Dalam keadaan biasa, itulah yang akan kita fikirkan dan ianya tidak salah sebab itulah keluhan suara hati kita TETAPI sehingga menjatuhkan hukuman ke dalam Api Neraka? Siapakah kita untuk meletakkan seseorang ke dalam Api Neraka (Jahat) atau ke Syurga (Baik) sedangkan kita sendiri tidak tahu di mana nasib dan kesudahan kita nanti.Kita juga tidak tahu keadaan sebenar atau cerita sebenar kerana kita hanya mendengar maklumat tersebut dari sebelah pihak sahaja.

Di dalam pendekatan Cermin Diri, kita akan mempelajari bagaimana untuk berkata “Nasib diri aku bukan macam perompak tersebut. Tiada sebab untuk bertindak seperti perompak tersebut” Itu sahaja maklum balas yang patut ada di dalam hati kita bila mengambil pendekatan ‘Cermin Diri’. Bunyinya seakan mudah bukan? InsyaAllah, jika kita selalu mengamalkannya kita pasti berjaya. Ingatlah, segala pandangan, pendengaran, rasa, bicara, keadaan sekeliling adalah pantulan balik ke atas diri kita sendiri.

Boleh jadi cerita sebenar mengenai perompak tersebut seperti berikut:

Perompak tersebut di dalam keadaan darurat. Dia merupakan seorang ayah kepada anaknya yang sedang nazak yang memerlukan wang yang banyak untuk merawat penyakit anaknya. Sebelum itu dia telah meminta pertolongan dari orang serta pihak lain tetapi kerana nasib tidak menyebelahinya tiada siapa yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dia merompak disebabkan duit untuk menyelamatkan nyawa anaknya. Kejadian menembak mati pengawal keselamatan tersebut terjadi disebabkan pengawal keselamatan yang melaksanakan tanggung jawabnya telah menembak perompak tersebut terlebih dahulu dan memaksa perompak tersebut membalas tembakan untuk mempertahankan dirinya bagi mendapatkan wang di bank tersebut.
***Bunyinya agak menyedihkan bukan jika inilah senario yang sebenarnya***

Sebab itu di dalam ‘Cermin Diri’ kita akan praktikan & mempelajari bagaimana dengan pemerhatian keadaan sekeliling kita sebenarnya adalah untuk mengajar kita mengenal siapakah ‘Aku’ terlebih dahulu. Ianya bukan sahaja tertumpu pada luaran sahaja (fizikal) tetapi dalaman (rohaniah). Di dalam lagu kumpulan ‘Wings’ iaitu ‘Opera Hidup” jika dihayati liriknya ianya ada bersangkut paut dengan ‘Cermin Diri’.

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya



LANGKAH KEDUA – MENCARI DIRI
(Ianya akan berlaku setelah mempraktikkan “Langkah Pertama - Cermin Diri” melalui kaedah masing2 yg bersesuaian)

Bagaimana untuk 'Mencari Diri'? Bagi mempelajari 'Mencari Diri', kita perlulah memahami dengan lebih jelas perkara asas kejadian alam & perkara wajib di dalam Islam dengan berpandukan Al-Quran serta Hadith. Di sini antara contoh mudah untuk kita gunakan ia sebagai rujukan dari Al-Quran :
a. Terjemahan Al-Quran (Versi Bahasa Melayu)
http://www.alquran-melayu.com/
b. Terjemahan Al-Quran (Versi Bahasa English)
http://quran.com/
Nota: Saya cadangkan kita merujuk 'Terjemahan Al-Quran' terlebih dahulu BUKAN 'Tafsiran Al-Quran' untuk memahami makna ayat-ayat di dalam Al-Quran secara umum dahulu. Mengapa? Ianya diterangkan pada bahagian 'Penutup' coretan ini.

Berikut antara contoh iilmu alam yang boleh kita pelajari & ilmu Islam yang perlu kita fahami.

1. Kelebihan dan kekurangan 4 unsur asas (Tanah, Air, Angin dan Api) dan kenal pasti terdapat 1 unsur asas yang paling kuat di dalam setiap diri kita.
Rujuk maklumat-maklumat di atas berikut:
‘Unsur Topik 1’
‘Unsur Topik 2’

2. 4 Asas ilmu. Rujuk maklumat di atas berikut:
‘SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT & MAKRIFAT’

Proses pembelajaran ‘Mencari Diri’ ini akan berterusan tiada kesudahannya kerana terdapat begitu banyak jenis & cabang-cabang ilmu (di atas cuma antara contohnya). Ianya umpama perantaraan/penyambung dari ilmu SYARIAT & TARIKAT membawa ke ilmu HAKIKAT & MAKRIFAT’

LANGKAH KETIGA – MENGENAL DIRI
Apabila kita sudah bersedia kelangkah seterusnya (ikutlah suara hati & akal) kita akan mula menerokai bagaimana untuk ‘Mengenal Diri’.
***Untuk maklumat di bawah untuk Para 1 – 2 mungkin tiada masalah kerana ianya asas kehidupan kita yang terang dan nyata, berbanding di Para 3 – 4 di mana Para 3 ianya adalah lebih ke rohaniah dan Para 4 lebih kepada keimanan/keyakinan atau ‘faith’ bahawa hanya Allah Yang Maha Berkuasa***

1. Setelah melihat kelemahan/kekurangan serta kelebihan/kekuatan fizikal dan dalaman kita melalui kaedah ‘Cermin Diri’ & memahami lebih lanjut di dalam perkara yang perlu ada di dalam ‘Mencari Diri’, kita sebenarnya sudah mula mengenal ¼ dari diri kita (asal kejadian kita) iaitu unsur Tanah.

2 . Mengenali unsur Air/Malaikat di dalam diri.
Pergi ke hadapan cermin, bacalah ayat hafazan serta zikir dan beriktikadlah di dalam hati. Niatlah secara umum untuk ditunjukkan wajah2 Malaikat di dalam diri kita. Diingatkan, lampu hendaklah dimalapkan jangan di dalam terang & jgn terlalu gelap & dalam keadaan sunyi tanpa gangguan luar. Kemudian renunglah di hadapan cermin tersebut sambil merenung wajah kita sambil di dalam hati niatlah untuk tunjukkan wajah malaikat tersebut. InsyaAllah, kita akan nampak wajah tersebut dan ketika itu katakanlah di dalam hati atau sebutan “Wahai Malaikat, terima kasih di atas segala kebaikkan & doa yang telah kau berikan kepada ku sepanjang perjalanan hidupku ini” atau kata lain yang baik.
Dalil Hadith:
Rasulullah S.A.W Bersabda: “ Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada Jin dan Malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga Ya Rasullullah?” Sabdanya: Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

3. Mengenali unsur Angin/ Raab (Penjaga) di dalam diri.
Berbeza dengan Para 2 (unsur Air), kita perlu hayati dahulu apa maksud/makna Raab. Sila rujuk bacaan & makna solat di dalam posisi seperti berikut:
Waktu Rukuk .
“Maha Suci RAABKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.”
Waktu sujud,
“Maha suci RAABKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya .”

Dalil Al-Quran:
Surah An-Nur Ayat 85 (24:85)
[Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
http://www.alquran-melayu.com/24-an-nur/
Nota: Ambillah yang sedikit itu sebagai bekalan, InsyaAllah.

Surah Al-A’raaf Ayat 172 [7:172]
“dan (ingatlah), ketika Rabb-mu mengeluarkan dari bani Adam, dari punggung mereka, keturunan-keturunan mereka, dan mengambil kesaksian terhadap jiwa-jiwa (nafs-nafs; anfus) mereka (seraya berkata): ‘bukankah Aku ini Rabb-mu.’ mereka menjawab: ‘betul (Engkau Rabb kami), kami bersaksi.”
http://quran.com/7

Dan iktiraflah ia sebagai penjaga/pembimbing kita bukan sekadar bacaan dibibir sahaja. Amalkan ia dengan meminta izin kepada Allah Taala hingga kita dapat menghayatinya di dalam kehidupan kita seharian.

Setelah memahami apakah itu Raab, langkah seterusnya, perkara yang sama dilakukan seperti mengenal unsur air, tetapi di dalam hati niatlah untuk tunjukkan Raab kita, pandanglah dibahagian umbun-umbun kepala kita dan jelmaan wajah Raab akan kelihatan dan katakanlah di dalam hati atau sebutan “Wahai Raabku, terima kasih kerana menemani dan memberi petunjuk di dalam perjalanan alam ku selama ini” atau kata yg seumpama dengan ayat tersebut.

4. Mengenal unsur Api/ Syaitan di dalam diri.
Ianya sama dilaksanakan seperti di para 2 (unsur air) cuma wajah yang bakal menjelma menggerunkan, menggegarkan hati dan perasaan kita. Harus diingatkan lawanlah ia dengan berzikir. Sesungguhnya syaitan mempunyai EGO yang teramat tinggi.
Dalil Al-Quran:
Surah Al-Baqarah Ayat 34 (2:34)
[34] Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
http://www.alquran-melayu.com/2-al-baqarah/

Oleh itu adalah penting untuk kita kena tundukkan syaitan di dalam diri kita (akan diterangkan kemudian bagaimana caranya). Pandanglah cermin di depan anda katakanlah, “Tunjukkanlah jelmaan dirimu “ & renunglah mata anda di cermin tersebut sedalam-dalamnya kerana kita sedia maklum syaitan berada di dalam lubuk hati kita berbanding unsur-unsur yang lain (ada yang berjaya untuk kali pertama tetapi samar-samar dan ada yang perlu melakukannya banyak kali berhari-hari sehingga ianya menunjukkan jelmaannya) kerana seperti yang telah dimaklumkan sifatnya iaitu EGO yang terlalu tinggi membuatkan ia tidak mahu jelmakan dirinya pada permulaannya. Jika perlu ditemani rakan tidak menjadi masalah Cuma rakan tersebut hendaklah tidak berada berdekatan anda ketika itu. Bagaimana ingin tahu pelaksanaannya selesai? Apabila anda dapat bertentang mata dengannya secara jelas dan berjaya menghilangkan perasaan takut terhadapnya tanpa memarahinya atau sebaliknya.
Nota: Jelmaannya sentiasa berubah-rubah (apa yang ingin ditunjukkan olehnya).
Dalil Al-Quran:
Surah Al-A’raaf Ayat 27 [7:27]
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
http://www.alquran-melayu.com/7-al-araf/

Surah Az-Zukhruf Ayat 36-37 (43:36-37)
[36]Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
[37]Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
http://www.alquran-melayu.com/43-az-zukhruf/

Dalil Hadith:
Dalam hadith Rasulullah SAW juga ada disebutkan bagaimana Syaitan merasuki manusia.

Shafiyah binti Huyay RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya Syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Langkah seterusnya, setelah berjaya berdepan dengannya, kita perlu jatuhkan EGOnya.
Dalil Hadith:
Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)

Nafsu berkait rapat dengan EGO & EGO berkait rapat dengan syaitan & diingatlah ianya berada di dalam hati kita jadi dalam kata lain kita harus jatuhkan EGO kita sendiri. Berikut antara cara yang terbaik melaksanakannya:

Fikirlah secara rasional adakah kita mempunyai musuh, kawan atau orang terdekat yang kita benci atau kita sudah memaafkan tetapi sudah lama tidah berhubung. Mungkin suara hati kita akan menyatakan “mana ada musuh” ATAU “dulu ada, tapi dah maafkan/halalkan pun (walhal ianya di dalam hati saja)” ATAU “malas nak ambil tahu dah, biarkan saja”. Itulah suara hasutan syaitan yang membisikkan kita untuk kita tidak meneruskan niat kita untuk jatuhkan EGO. Keistimewaan syaitan, ianya mengetahui rahsia hati kita sebab rumahnya di dalam lubuk hati kita.
Dalil Al-Quran:
Surah An-Nisaa Ayat 1(4:1)
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
http://www.alquran-melayu.com/4-an-nisaa/

Surah Al-Hujurat Ayat 10 (49:10)
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
http://www.alquran-melayu.com/49-al-hujurat/

Dalil Hadith:
Rasulullah SAW bersabda: “Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.” [H.R. Muslim]

Telefonlah si polan tersebut (jangan ber sms atau chat). Mulakan segera dengan meminta maaf kepada si polan tersebut walaupun bukan salah kita dan elakkan mengungkit, memberi penjelasan atau bercakap banyak tetapi lebih kepada meminta maaf . Tujuan kita meminta maaf adalah untuk kebaikkan kita sebenarnya. Jangan terkejut apabila kita meminta maaf kepada si polan, si polan akan segera meminta maaf balik kepada kita berkali-kali. Mengapa ini terjadi? Rahsianya adalah disebabkan syaitannya melihat syaitan kita yang dulu terlalu tinggi & besar Egonya tiba-tiba tunduk dan membuatkan syaitan si polan akan turut tunduk sama. Cuba akhiri segera perbualan dengan si polan setelah selesai urusan tersebut.

Ingatan: Ini berdasarkan pengalaman sebenar saya melalui orang yang mengajar saya atau saya anggap guru (kerana keikhlasan hatinya untuk mengongsi ilmu kerana Allah Taala). Beliau telah memujuk saya berbulan-bulan lamanya bagi melaksanakan kaedah tundukkan EGO. Pelbagai-bagai alasan diberikan dan persoalan saya ajukan dan akhirnya saya redha & bersetuju melaksanakannya. Setelah bercakap dengan si polan, beberapa ketika kemudian saya merasakan diri saya bergetar & hati saya seperti terbakar kepanasan seperti ianya membenci tindakan yang telah saya lakukan dan saya mulai merasakan kepenatan dan kemudian tertidur. Di dalam tidur saya (Wallahhualam), saya mendapat sebuah mimpi iaitu rahsia berkenaan alam/techno science yang membuatkan saya meneruskan kajian terhadap ilmu ini sehingga ke hari ini. Setelah terjaga dari tidur dan mengingati mimpi tersebut saya merasakan seperti di awang-awangan (ianya berlaku hampir seharian). Kesan positifnya saya tidak mempunyai perasaan EGO iaitu malu untuk menegur serta membantu orang yang tidak saya kenali ketika saya berada di luar ketika itu. InsyaAllah, setiap dari anda mungkin akan mendapat rahsia alam yang berbeza dengan izin Allah Taala setelah melaksanakan langkah tersebut, iaitu menundukkan EGO syaitan di dalam diri anda. Di nasihatkan, jika mendapat rahsia alam itu, gunakanlah ilmu tersebut kejalan yang baik, untuk diri dan kongsikanlah ilmu tersebut ke sahabat-sahabat lain dengan niat kerana Allah Taala kerana ilmu adalah milik Allah Taala dan ianya untuk dikongsi bukan untuk disimpan.

Jika tidak keberatan kongsilah sama pada saya jika sudi di mana segala apa yang saya dapat serta perolehi telah cuba saya kongsikan di sini untuk tatapan semua. Ingatlah tanda-tanda akhir zaman sebenarnya telah ada. Bilakah akan terjadi?
Sila rujuk maklumat ini jika kita mempersoalkan berkenaan masa mengikut Dalil-Dalil Al-Quran:http://gilerah.blogspot.com/2012/01/mengapakah-al-quran-berbohong-tentang.html
Nota: Perbezaan ukuran masa beserta Dalil-Dalilnya

Dalil Al-Quran:
Surah Al-Qamar Ayat 1 (54:1)
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
http://www.alquran-melayu.com/54-al-qamar/

Surah Al-Ahzab Ayat 63 (33:63)
Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. ” Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.
http://www.alquran-melayu.com/33-al-ahzab/

Surah Muhammad Ayat 18 (47:18)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat
yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
http://www.alquran-melayu.com/47-muhammad/

Dalil Hadith:
Dari Anas r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Saya diutus (oleh Allah) dan jaraknya dengan hari kiamat sebagai (diantara) dua jari ini.” (Beliau bersabda demikian sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengah).

Selain Al-Quran dan Hadith terdapat pelbagai2 ilmu lain dan inilah antara cabang2 ilmu yang tidak salah untuk kita pelajari untuk kebaikkan diri untuk kita terokai bersama. Berkongsilah ilmu alam/techno science jika ada untuk kebaikkan bersama.
Dalil Al-Quran:
Surah Al-I-Imran Ayat 190-191 (3:190-191)
[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/

Tambahan: Setelah selesai mempelajari ‘Mencari Diri’, bersedialah menghadapi ujian Allah Taala iaitu ujian keimanan atau ‘faith’ kerana di situlah bermulanya LANGKAH KEEMPAT – MENGENAL ALLAH
Dalil Al-Quran:
Surah Al-Al-israa Ayat 61-65 (17:61-65)
[61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?”
[62] Ia berkata lagi: “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”.
[63] Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
[64] Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
http://www.alquran-melayu.com/17-al-israa/

Surah An-Nisaa Ayat 126 [4:126]
And to Allah belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And ever is Allah , of all things, encompassing.
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi akan tiap-tiap sesuatu.
http://quran.com/4

Sedikat gambaran kasar mengenai 'Mengenal Allah' berdasarkan maklumat di atas berikut:
‘Diri' & Tiada Diri Topik 1’

‘0 1 0’ seperti berikut:


Allah - God
0 - AHAD - Esa - Semua - All
1 - Wahid - Satu - The One
0 - Ahad - Esa -Semua - All
Allahhu Ahad, Allahhu Wahid , Allahhu Ahad
Allah itu semua, Allah Yang Satu, Allah itu semua
God is all, God The One, God is all
"One for all, All for one, One for all"


Catatan: Jika diizin oleh Allah Taala , akan diperjelaskan di ruangan yang lain berkenaan ‘Mengenal Allah’ kerana perjalanan ilmu ini tiada kesudahannya. Ingatlah, tanpa mempelajari apa yang saya cuba kongsikan di sini pun sememangnya kita semua memang akan sentiasa diuji oleh Nya di dalam kehidupan di dunia yang sementara ini. Setiap ujian adalah berbeza bagi setiap hamba Nya mengikut kemampuan masing-masing. Di dalam ilmu kaunseling ada di nyatakan “Setiap Manusia adalah unik” bahkan di dalam ilmu sains telahpun membuktikan cap cari setiap manusia adalah berbeza.

Dalil Al-Quran:
Surah Al-Baqarah Ayat 286 [2:286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
http://www.alquran-melayu.com/2-al-baqarah/

Surah Al-Fajr Ayat 15-17 (89:15-17)
[15](Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”
[16]Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”
[17]Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
http://www.alquran-melayu.com/89-al-fajr/

Surah Al-Baqarah Ayat 155-157 (2:155-157)
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
http://www.alquran-melayu.com/2-al-baqarah/

Surah Ash-Syarh Ayat 5-6 (94:5-6)
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
http://www.alquran-melayu.com/94-ash-syarh/

Akhir kata, segala maklumat ini sekadar untuk berkongsi ilmu dan bertukar-tukar fikiran, manakala petikan Dalil-Dalil melalui Al-Quran di atas merujuk kepada terjemahan Al-Quran sahaja dan ditambah dengan beberapa Hadith.

Walaubagaimanapun, pemahaman dan penghayatan setiap insan adalah berbeza mengikut cara hidup, budaya, tingkah laku dan keadaan. Di sini terdapat satu Dalil Al-Quran yang perlu diberi penekanan dan perhatian untuk kita tidak terus mengikut sahaja apa yang di ajarkan oleh sesiapa sahaja (termasuk apa yang dikongsikan di sini) dengan mengikut kesesuaian hati kita tanpa syak & ragu-ragu. Dalilnya seperti berikut:

Surah Al-I-Imran Ayat 7 (3:7)
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/
Nota: Sebagai rujukan umum, berdasarkan ayat tersebut, adalah baik jika sekiranya kita mengeluarkan Dalil-Dalil Al-Quran di dalam bahasa melayu atau bahasa lain dengan merujuk ‘Terjemahan Al-Quran’ sahaja & bukan ‘Tafsiran Al-Quran’. Ianya mengikut kata hati masing-masing kerana bagi ‘Tafsiran Al-Quran’ ianya adalah pemahaman seseorang yang mentafsirkan maksud ayat Al-Quran mengikut pengetahuannya (pemahaman setiap individu adalah berbeza bagi ayat-ayat “Mutasyaabihaat” iaitu yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Ianya sekadar pandangan saya sahaja. Wallahhualam

No comments:

Post a Comment