Sham Kamikaze
Di sini saya akan menceritakan sedikit perjalanan Syarikat Gothic Records Sdn Bhd suatu masa dahulu sekitar tahun 2008 - 2009.
~Gothic Records 'Kumpulan Kamikaze' telah muncul kembali 2008~
Album: Kamikaze The Return
Kumpulan Kamikaze telah lama menyepikan diri dan akhirnya telah muncul kembali dengan album mereka iaitu 'Kamikaze The Return' di bawah naungan Syarikat Gothic Records Sdn Bhd.
Sila klik di sini untuk senarai lagu >>>> http://www.reverbnation.com/kamikazemalaysia
~Gothic Records terbit album kerohanian sempena Ramadan 2009~
Dakwah Cara Sham Kamikaze
Sudah menjadi kebiasaan sebaik tibanya bulan yang penuh rahmat iaitu bulan Ramadan, banyak syarikat rakaman berlumba-lumba menghasilkan album yang menghimpunkan lagu raya artis popular tanah air. Namun usaha menerbitkan album kerohanian amat kurang.
Album Gema Ramadan
Justeru Gothic Records Sdn Bhd telah menghasilkan album kerohanian sempena Ramadan
berjudul Gema Ramadan bersama empat artis kumpulan di bawah naungannya seperti
Gelap, Maximus, JadiBand dan X adalah diharapkan menjadi pelopor kepada band
tanah air sedia ada. Pengarah
A&R Gothic Records Sdn Bhd, Shamril Mohd Salleh, 33 (ketika itu) atau lebih popular Sham
Kamikaze berkata, idea untuk menghasilkan album kerohanian sudah diimpikan
sejak sekian lama selepas melihat sendiri senario industri muzik di negara
jiran.
“Idea ini sudah lama saya rancangkan selepas melihat senario perkembangan
industri muzik di negara jiran, Indonesia. Memang tidak dinafikan industri
muzik di sana terlalu cepat dan jauh meninggalkan kita.
“Suatu masa lalu pada bulan Ramadan saya pernah ke Jakarta kerana diundang
untuk menghadiri pelancaran album Gigi. Agak terkejut juga apabila mengetahui
kumpulan Rock seperti Gigi ingin melancarkan album pada bulan Ramadan.
Sebenarnya bukannya mereka melancarkan album rock tetapi album kerohanian yang
mereka hasilkan khas untuk bulan Ramadan.
Kumpulan JadiBand
“Rupanya
di bulan puasa seperti ini mereka masih meneruskan aktiviti seni dengan cara
berdakwah,” katanya.
Menurut Sham, segala keberkatan di bulan Ramadan ini harus diambil sebaik
mungkin tanpa meninggalkan kerjaya utama sebagai anak seni.
“Jika boleh kita jangan jadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa pekerjaan
semasa bulan puasa ini. Jika bulan sebelum ini kita aktif dengan muzik yang
ganas, tetapi apabila tibanya bulan Ramadan ini kita ubah cuba menghasilkan
lagu kerohanian yang dapat menyucikan jiwa kita sebagai umat Islam. Bulan ini
seharusnya dihormati dan keberkatan bulan ini harus diambil untuk berdakwah,”
katanya.
Kumpulan Maximus
Album Gemanya Ramadan mengandungi lima lagu yang dinyanyikan dan dihasilkan
sendiri kesemua artis naungan Gothic Record. Album ini bukan saja mengandungi
lagu kerohanian malah turut dimuatkan video klip karaoke.
“Antara
lagunya seperti Sepinya Ramadan (Gelap), Sucinya Ramadan (Kumpulan X),
Bersahurlah (Maximus), Jangan Buat Lupa (JadiBand), As Saum dan Selawat (semua
artis).
Majlis Amal Bersama TV3
“Kita merancang untuk mengedar album ini selepas Aidilfitri dan album ini
adalah Album Amal Gothic Records yang mana setiap peratus hasil jualan akan
disumbang kepada rumah kebajikan.
“Namun lagunya kini sudah boleh didengar menerusi beberapa stesen radio yang
sudah mula memainkan seperti radio EraFM, HotFM dan SuriaFM,” katanya.
GOTHIC Records Sdn Bhd pada ketika itu mempunyai empat artis berkumpulan di bawah
naungannya iaitu kumpulan Gelap, Maximus, JadiBand dan X. Mereka adalah bakat
baru yang belum pernah muncul dalam industri ini.
Menurut Sham, keempat-empat kumpulan ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara
dari segi pemilihan konsep kumpulan dan mereka diberikan kebebasan untuk
menentukan hala tuju konsep dan karya kumpulan.
“Bagi kumpulan Gelap, mereka memilih konsep rock yang memperjuangkan muzik
spiritual dan mengajak orang ramai melakukan kebaikan. Kumpulan ini dianggap
unik disebabkan penampilannya yang sentiasa berselubung tanpa memperlihatkan
identitinya ketika membuat persembahan.
“Tetapi sekiranya ada yang ingin melihat wajah kumpulan ini, mereka tidak
menghalang malah sanggup memberi kerjasama. Namun objektif mereka bukan untuk
menjual rupa tetapi muzik yang diperjuangkan.
Kumpulan Maximus
“Kumpulan Maximus pula memilih konsep indie seperti mana kumpulan indie yang
ada dalam industri hari ini seperti Meet Uncle Hussain, Hujan dan banyak lagi.
Kumpulan X
“Kumpulan X pula adalah salah satu kumpulan yang mempunyai vokalis wanita dan
ahli lainnya lelaki. Mereka memilih konsep gotik rock yang bersih. Menurut
mereka X tidak memberi apa-apa makna yang tepat. Ia boleh dianggap apa saja
mengikut persepsi masyarakat.
Kumpulan JadiBand ketika membantu E-Dymium di Jom Heboh
“Saya tidak berminat untuk menyatakan muzik yang dimainkan kumpulan JadiBand
ini menyamai muzik Indonesia, tetapi muzik mereka sudah lama dipraktikkan dalam
kumpulan ini,” katanya yang merancang akan bergerak aktif mempromosi empat
kumpulan ini bermula tahun depan.
Program Bersamamu di TV3
Sementara itu, pada majlis itu juga, Sham yang mewakili Gothic Records Sdn Bhd
turut menghulurkan sumbangan berupa duit raya kepada lima keluarga Program
Bersamamu di TV3.
Album Gemanya Ramadan
mengandungi lima lagu yang dinyanyikan dan dihasilkan sendiri kesemua artis
naungan Gothic Record. Album ini bukan saja mengandungi lagu kerohanian malah
turut dimuatkan video klip karaoke.
Antara Album
Keluaran Syarikat Gothic Records Sdn Bhd
1. Album
terakhir dari Kumpulan Kamikaze. Keluaran Tahun 2008
Sila klik di sini >>>> Album Lagu KAMIKAZE The Return <<<< untuk senarai lagu album tersebut.
2. Album Gema Ramadhan. Keluran Tahun 2009:
Kumpulan Gelap " Sepinya Ramadhan "
Kumpulan X "Sucinya Ramadan"
Kumpulan Maximus "Bersahurlah"
Kumpulan JadiBand "Jangan Buat Lupa"
Gothic Records Sdn Bhd bersama E-Dymium Network Sdn Bhd
Majlis Amal ~Gothic Records & E-Dymium~
Artis-Artis Gothic Records
Satu program berbuka puasa juga telah di adakan anjuran bersama E-Dymium & Gothic Records di bulan Ramadhan Tahun 2009. Program
ini bertujuan untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga-keluarga yang
kurang berkemampuan di Kluang dalam menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
TAHUKAH ANDA, Album Lagu KAMIKAZE The Return merupakan album terakhir dari kumpulan tersebut yang turut disertai oleh Sham Kamikaze.
Sila klik di sini >>>> Album Lagu KAMIKAZE The Return <<<< untuk mendengar lagu-lagu tersebut.
Sila klik di sini >>>> Album Lagu KAMIKAZE The Return <<<< untuk mendengar lagu-lagu tersebut.
Semoga usaha yang
murni oleh rakan-rakan artis yang lain diteruskan di bawah syarikat masing-masing dan dapat dikekalkan untuk tahun-tahun yang akan datang. Semoga kita semua
mendapat rahmat & keberkatan di dalam ibadah masing-masing. Insya Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment