Monday, December 10, 2012

Perjalanan Roh bersama Bio Magnetik di BMT International Sdn Bhd

Permulaan perjalanan saya di dalam Bio Magnetik setelah melalui beberapa pengalaman yang memilukan bersama orang-orang yang tersayang termaksuklah arwah adik saya iaitu Arzumi Yuswira.

Nota: Gambar Arwah Wira (bewarna) bersama ex-MRSM Terendak

Beliau merupakan seorang adik yang amat disayangi semua di atas sikapnya yang penyabar, lemah lembut dan sentiasa menghormati orang tua dan mereka yang berada di sekeliling beliau. Pada pertengahan tahun 2005, beliau telah meninggal dunia disebabkan ke’gagalan jantung’ ‘heart failure’. Beliau merupakan seorang juruterbang MAS ketika itu dan semasa beliau sakit, beliau menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Pihak IJN tidak dapat mengenal pasti apakan punca penyakit beliau dan ianya merupakan penyakit misteri dan kes kedua bagi doktor2 pakar jantung IJN selama IJN dibuka . Di akhir riwatnya, beliau hanya diberikan ‘steriod’ untuk melegakan kesakitannya. Selama berada bersama beliau ketika beliau sakit, fikiran saya mula terbuka untuk menerima kenyataan bahawa ajal dan maut semuanya di tangan Allah.  Perjalanan saya di dalam perubatan alternatif secara amnya & Bio Magnetik secara khasnya adalah bermula dari kisah kemalangan bapa saya yang hampir 3 bulan koma dan hampir 2 tahun lumpuh akibat kemalangan jalan raya & disamping penyakit misteri arwah adik saya.  Di atas dua peristiwa tersebut, antara sedar tidak sedar ianya telah memberi saya satu perasaan niat untuk mencari serta membantu mereka yang memerlukan bantuan kesihatan setelah melihat bagaimana terlantarnya seorang bapa & seorang adik yang memerlukan rawatan kesihatan yang ketika itu hanya tertumpu kepada produk-produk ubat-ubatan sahaja. 


Nota: Perbezaan Gelang Bio Magnetik dan Gelang Bermagnet

Pada awal tahun 2000 – 2005  tidak ramai yang mengetahui apakah itu gelang bio magnetik.  Gelang Bio-Magnetik hanya dikenali ketika itu dan dipakai oleh pemain-pemain golf untuk meningkatkan stamina serta keanjalan hayunan pukulan mereka. Seingat saya terdapat beberapa jenama dari US & UK sebagai contoh Jenama Saborna dari UK yang di jual lebih kurang RM300 – RM450 yang diperbuat dari stainless steel.


Nota: Gelang Jenama Sabona keluaran UK


Nota: Syarikat BMT International Sdn Bhd

Pada penghujung  tahun 2005,  saya menyertai syarikat abang saya bersama rakan kongsinya iaitu Syarikat BMT International Sdn Bhd sepenuh masa, di mana saya telah mula di dedahkan berkenaan produk tersebut. Apa yang menarik ketika itu, syarikat tersebut merupakan syarikat bumiputra dan satu-satunya syarikat tempatan yang memperkenalkan Gelang Bio-Magnetik dan bukan Gelang Bermagnet. Berikut  antara perbezaan Gelang Bio Magnetik dan Gelang Bermagnet:

Gelang Bermagnet:
1. Menggunakan magnet biasa, buatan manusia.
2. Kiraan ‘Gauss’ yang tidak menentu.
3. Jenis bahan sebagai contoh stainless steel biasa atau hanya permukaannya sahaja stainless steel (mudah berkarat)
4. Susunan magnet utara dan selatan (negative dan positive) tidak menentu.
5. Tiada kesan kesihatan

Gelang Bio Magnetik:
1. Menggunakan magnet neodymium (magnet bumi jangka hayat 200 ke 300 tahun)
2. Kiraan gaus di antara 1500 ke 2000 Gauss mengikut jenis jenama
3. Jenis bahan contoh jika stainless steel gred 316 (gred terbaik atau 1st gred di dalam stainless steel), sama seperti pisau bedah (tahan karat) jangka ketahanan antara 6 ke 7 tahun.
4. Susunan magnet semua menghala ke selatan magnet bumi (negative)
5. Berkesan untuk terapi darah dan peningkatan oksigen sistem badan.

Syarikat BMT Intl Sdn Bhd memperkenalkan jenama ‘BMT’ iaitu gelang yang diperbuat dari Titanium Gred 2 Industri (sama kualiti dengan badan pesawat) di mana bahannya tahan seumur hidup pemakai dan sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah alahan (alergic’). Memandangkan titanium lebih mahal dari stainless steel, ianya di jual di antara RM450- RM480.  Perniagaan syarikat ketika itu dijalankan secara ‘Retail’ (runcit)  dengan melantik para pengedar yang berminat untuk menjualnya di mana saya sendiri telah di amanahkan oleh syarikat untuk menjadi Pengurus ‘Roadshow’ bagi mempromosikan produk bio magnetik tersebut  yang berkehendakkan saya bersama-sama staf yang lain untuk sentiasa berada di luar bagi menyampaikan kesedaran produk alternatif tersebut bagi mereka yang berminat. Dari situ bermulanya ILMU berkenaan Gelang Bio Magnetik kepada semua yang terlibat ketika itu.


Nota: Dari kanan, Encik Izwin salah seorang staf 'roadshow' syarikat yang diberi tanggungjawab menyampaikan kesedaran maklumat produk Alternatif Bio Magnetik bersama Puan Umie di pejabat Bmt Intl Sdn Bhd

Kami telah di dekati oleh pelbagai-bagai jenis orang yang terlibat dengan pelbagai ilmu alternatif yang lain di mana mereka turut berminat utk mengetahui lebih lanjut berkenaan bio magnetik tersebut. Salah seorang di antara mereka adalah Encik Izwin di mana beliau suka mengongsi ilmu ‘Color Viberation Therapy (CVT)’ yang telah dipelajari oleh beliau seterusnya beliau mengambil keputusan untuk menyertai syarikat. Terdapat juga pelbagai rujukan di dalam internet beserta buku-buku berkenaan bio sains malahan terdapat beberapa universiti di Jepun, Kanada, India serta beberapa negara luar yang menawarkan pembelajaran mengenai ‘Bio Magnetik’. Selama hampir 2 tahun saya terlibat menjalankan ‘roadshow’ syarikat, pelbagai-bagai pertanyaan serta persoalan diajukan oleh mereka yang mempunyai ‘ILMU’ dalam bidang masing-masing dan dari merekalah saya belajar untuk mencari setiap jawapan bagi menjawab pertanyaan mereka yang kadang kala terlalu teknikal. Setiap kali habis ‘roadshow’ pada waktu malam hingga awal pagi saya akan mencari segala maklumat mengenainya samada melalui rujukan buka, perbincangan dan merujuk di dalam internet  berdasarkan kajian-kajian doktor-doktor pakar bio sains dari Jepun & Jerman dan seterusnya memperolehi  maklumat secara teori ketika berhadapan dengan orang ramai yang memberi maklum balas sewaktu ‘roadshow’. Bagi para pemakai gelang bio magnetik BMT pula, mereka berkesudian mengongsi maklum balas berkenaan produk tersebut samada ianya mendatangkan kebaikan ataupun tidak terhadap penyakit yang mereka hadapi. Ianya satu ILMU yang amat beharga dan amat berguna kepada saya sehingga kini.


Nota: Pelbagai jenis gelang magnetik (bukan bio magnetik) banyak di jual di pasar malam

Dikalangan perniaga-perniaga biasa pula yang sudah mula menjualnya di pasar malam pada awal tahun 2005, di mana mereka mempromosikan gelang-gelang bermagnet (tiada fungsi kesihatan, lebih kepada kecantikan). Ada yang terlalu yakin memaklumkan kepada pembeli bahawa gelang yang mereka jual dapat melancarkan perjalanan darah. Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka mungkin tidak didedahkan dengan maklumat yang sebenar berkenaan Gelang Bio Magnetik dan harga mereka jual pun tidaklah begitu mahal disebabkan kos bahan yang dibuat dan jenis magnet yang digunakan. Secara kesimpulannya selama 2 tahun permulaan di syarikat BMT, saya telah diberikan 2 tugas utama iaitu menyampaikan maklumat ini kepada semua semasa menjalani ‘Roadshow’ dan menjadi Pengurus R & D untuk memahami lagi mengapa dan bagaimana magnet neodymium boleh membantu kesihatan melalui terapi darah. Ianya merupakan satu proses yang panjang dan berurutan kerana setiap mereka mempunyai kesan dan jangka masa pemulihan yang berbeza-beza mengikut jenis penyakit.


Nota: Syarikat BMT Intl Sdn Bhd memperkenalkan Gelang Tungsten Carbide bersama 'Diamond' yang pertama di dunia

Pada pertengahan tahun 2006, CEO saya iaitu En Arnaz telah membuat kejutan yang besar dengan memperkenalkan BMT Bio Magnetik Tungsten Carbide dengan Diamond asli di mana tiada satu kilang pun di dunia ini apatah lagi mana2 syarikat di dunia mampu mengeluarkan produk sebegitu di sebabkan unsur tungsten carbide itu sendiri. Berikut sedikit maklumat berkenaan tungsten carbide:

1. Skala kekuatannya “9” hampir kuat seperti Diamond di mana skala kekuatan Diamond adalah “10”.
2. Ianya hampir mustahil di calarkan
3. Boleh menahan kepanasan sehingga 3600 darjah celcius.

Kini di pasaran luar memang terdapat produk-produk tungsten carbide tetapi kebanyakannya bukanlah 100% tungsten carbide. Ianya boleh diketahui dengan merasai beratnya kerana tungsten carbide adalah berat. Perbezaan tungsten carbide yang 100% dengan sedikit saja tungsten carbide boleh di ambil contoh perbezaan di antara emas tulen dengan emas Korea/Thailand.



Nota: Yang di-Pertuan Agong ke-13 iaitu Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud memakai Gelang BMT Bio Magnetik Tungsten Carbide



Nota: Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Abdullah Ahmad Badawi memakai Gelang BMT Bio Magnetik Tungsten Carbide

Kilang syarikat yang ketika itu berada di China pada permulaannya tidak mahu meneruskan produksi tersebut di sebabkan menurut mereka ianya adalah mustahil iaitu bagaimana hendak membuat lubang pada setiap gelang tungsten carbide yang begitu keras untuk di letak magnet neodymium, kedua untuk meletakkan Diamond, Diamond akan retak atau pecah akibat bergesel dengan Tungsten Carbide yang hampir kuat dengan Diamond dan ketiga untuk memotong tungsten carbide memerlukan Diamond jenis gred pertama yang memerlukan kos yang besar. Sebagai “Master Mind’, CEO saya berjanji kepada pihak kilang sekiranya kilang dapat melaksanakannya, beliau akan memberi orang-orang ‘Pertama’ di Malaysia memakainya ketika itu iaitu Agung Malaysia yang Ke 13 iaitu Tengku Mizan dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Abdullah Ahmad Badawi. Seperti dijanjikan, perkara tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh Encik Arnaz.


Nota: Perjalanan Roh bersama staf syarikat E-Dymium & BMT. 
Dari kanan: Perjalanan Roh, Remie, Afiez, Hafiz, Nizam, Arip 

Kelahiran Syarikat E-Dymium Network Sdn Bhd

Setiap kali selesai  ‘roadshow’, saya akan berjumpa CEO saya dan memaklumkan maklum balas mereka di luar mengenai produk tersebut samada baik ataupun buruk. Kebanyakan maklum balas dari mereka yang terdiri dari golongan sederhana ke bawah, rata-rata mereka memang berminat dengan produk kesihatan ini, walaubagaimanapun untuk membeli produk titanium apatah lagi tungsten carbide adalah di luar kemampuan mereka. Saya tidak menyalahkan syarikat kerana syarikat hanya menjualnya dengan memikirkan dari sudut kualiti dan secara ‘retail’ dan setiap pembelian ke kilang adalah berdasarkan ‘minimum order perquantity’ (MOQ), di mana jika kuantiti yang tak seberapa banyak harganya akan mahal berbanding di dalam kuantiti yang banyak. Selain dari keuntungan syarikat ianya juga diambil kira dengan kos ‘overhead’ syarikat, pengiklanan & sebagainya.

Berikut adalah di antara kenangan dan kejayaan Syarikat BMT semasa menjalani perniagaan Gelang Bio Magnetik:

Nota: Gelang BMT Titanium Bio Magnetik di jual di dalam Kapal Terbang MAS di bawah 'Golden Butik'

Nota: Puan Mardiah mempromosikan Gelang Bio Magnetik BMT di salah sebuah akhbar tempatan


Nota: Syarikat BMT International Sdn Bhd bersama staf BMT dan E-Dymium

Nota: Gelang BMT Tungsten Carbide bersama Diamond

Nota: Fliers Gelang BMT Bio Magnetik


Di atas kesedaran tersebut, syarikat mula memikirkan untuk menjalankan perniagaan ini secara Jualan Langsung melalui Multi Level Marketing (MLM) di atas 2 sebab yang asal:

1. Produk dapat dibeli dengan harga yang lebih murah dengan memperkenalkan gelang stainless steel bagi golongan sederhana ke bawah.
2. Melahirkan sebuah syarikat MLM – di mana pengguna juga dapat mencari rezeki dengan menjadi ahli dan seterusnya sebagai penjual.


Nota: Encik Izwin setelah ditukarkan dari Syarikat BMT ke Syarikat E-Dymium  

Pada penghujung tahun 2006, maka muncullah syarikat E-Dymium Network Sdn Bhd sebagai anak  syarikat BMT Int Sdn Bhd, di mana 2/3 pengurus dan separuh dari staf-staf syarikat di pindahkan ke syarikat E-Dymium di bawah pentadbiran En Bobie Farid (rakan kongsi En Arnaz), manakala BMT Int Sdn Bhd hanya tinggal 2 sahaja pengurus (termasuklah saya) bersama beberapa staf yang lain di bawah pentadbiran CEO saya iaitu En Arnaz.

Memandangkan plan pemasaran E-Dymium diyakini dapat menarik banyak usahawan menjalankan perniagaan ini, saya telah di arahkan untuk menghentikan 'roadshow' syarikat BMT dan tumpukan 100% kepada pengetahuan produk-produk syarikat yang ketika itu telah menukar jenama gelang tersebut dari ‘BMT’ kepada ‘Dymium’ . Syarikat BMT selaku ibu syarikat kepada E-Dymium ditugaskan meneruskan R &D  dan juga ‘Quality Control’ serta mencari dan perkenalkan produk-produk baru yang lain yang dapat memberi faedah kepada para pengguna.


Nota: Perjalanan Roh semasa menjadi Penceramah Produk Gelang E-Dymium di Terangganu

Syarikat E-Dymium telah melantik saya sebagai Penceramah Produk ketika mula-mula Syarikat E-Dymium menjalankan perniagaan MLM. Perbezaan antara syarikat ‘retail’ dan MLM adalah syarikat MLM selain penyampaian maklumat produk, ianya juga termasuk penyampaian plan pemasaran kepada ahli-ahli. Setiap sessi Bussiness Oportunity  Meeting (BOM), saya diberi selama 1 jam utk menyampaikan maklumat produk Bio Magnetik manakala penceramah lain akan diberi 1 jam utk menyampaikan plan pemasaran. Pada permulaannya ianya berjalan dengan baik memandangkan 100%  maklumat asas bio magnetik dapat diberikan kepada semua yang hadir selama sejam.

Saya masih teringat ungkapan saya setiap kali selesai memberi ceramah tersebut:

“Tuan-tuan dan puan-puan semua, produk ini InsyaAllah dapat membantu mereka yang memerlukannya. Memang benar 9/10 rezeki adalah berniaga tetapi kalau niat kita ingin berniaga diselitkan dgn niat untuk membantu pembeli, InsyaAllah rezeki tuan-tuan dan puan-puan akan bertambah lagi”


Nota: Semasa terlibat dengan roadshow E-Dymium. 
Dari kiri: Puan Intan Liyana, Perjalanan Roh dan Encik Afiez

Ianya satu mesej yang umum dari syarikat sebenarnya untuk dikongsi bersama & secara tidak langsung dipanjangkan kepada mereka yang akan berdepan dengan orang-orang di luar supaya mereka jangan terlalu leka mengejar duit sehingga lupa apa tujuan sebenar produk Bio magnetik ini diperkenalkan oleh syarikat pada dasarnya.  Selama hampir setahun juga saya terlibat sebagai penceramah produk untuk syarikat E-Dymium di mana tugas sebenar saya masih bersama syarikat BMT yang ketika itu sedang mengorak langkah dari sebuah syarikat ‘retail’ seterusnya ke syarikat ‘trading’. Pada awal tahun kedua Syarikat E-Dymium beroperasi, ianya telah mengejutkan dunia MLM di Malaysia kerana ahli ketika itu sudah hampir mencecah 200,000 ahli dengan hanya memperkenalkan satu produk sahaja iaitu Gelang Dymium Bio Magnetik. Kebanyakan ahli-ahli generasi pertama dan kedua telah berjaya mendapat pulangan yang lumayan di atas berkat kesabaran, keikhlasan dan niat mereka menjual produk tersebut kepada mereka yang memerlukannya.


Nota: Dato' AC Mizal semasa dilantik menjadi duta produk gelang Dymium

Secara peribadi bagi saya ianya bukan satu perkara yang mustahil kerana lapisan genarasi pertama & kedua ketika itu menjual produk itu dgn hati penuh keikhlasan untuk membantu diri sendiri yang mengalami kesulitan kewangan dan turut membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan. Pada pertengahan tahun 2007 (setelah hampir setahun beroperasi),  syarikat E-Dymium telah melantik Dato' AC Mizal sebagai duta produk gelang Dymium. Beliau juga terlibat sebagai salah satu stokis E-Dymium ketika itu dengan membuka Cawangan E-Dymium Ampang. Adat perniagaan di Malaysia, apabila artis yang menjadi idola mula mempromosikan produk tersebut, rezeki syarikat akan semakin mencurah-curah dan bilangan ahli ketika itu sudahpun mencecah 400 ribu ahli dan pusingan keuntungan syarikat ketika itu adalah RM200 juta. Ianya juga telah menjadi satu sejarah di dalam dunia MLM di Malaysia ketika itu.




No comments:

Post a Comment