Sunday, December 30, 2012

Sistem Keselamatan di Pejabat dan Rumah


Pelbagai Kaedah di Gunakan oleh Pencuri untuk Memecah Masuk

Apabila bercakap tentang sistem keselamatan di pejabat & di rumah, terdapat banyak aspek yang menjadi kebimbangan semua. Terdapat pelbagai peralatan berteknologi tinggi ditawarkan oleh syarikat-syarikat terlibat. Walaupun jika anda telah memasang sistem yang berteknologi tinggi tersebut dan terlupa untuk mengaktifkannya ianya adalah tidak berguna. Ianya sama seperti anda terlupa untuk mengunci pintu, jadi keselamatan di rumah dan tips keselamatan adalah sangat penting daripada hanya sekadar memasang satu set sistem keselamatan tersebut.

Statistik Kadar Jenayah Di Malaysia

Sistem keselamatan? Perlu atau tidak?
Jika anda berada di tempat yang tinggi kadar jenayah atau telah mengalami kes pecah pejabat/rumah atau mendengar jiran-jiran anda dirompak, anda akan berfikir tentang keselamatan rumah dan memasang sistem penggera. Apa yang perlu difikirkan di sini adalah lebih baik untuk bersedia dalam hal-hal yang buruk berlaku contohnya seperti sebuah bangunan yang perlu di pasang sistem penggera kebakaran. Jika bangunan terbakar, maka kerugian akan menjadi lebih besar.


Peralatan Keselamatan di Pejabat & Rumah

Pemantaun Individu atau melalui Sistem Pemantauan Penggera 24 jam?
Tidak semua yang mampu untuk membayar secara bulanan untuk memantau pejabat atau rumah mereka. Kini, terdapat pelbagai cara/alat dengan menggunakan kaedah pemantauan secara individu walaupun banyak syarikat pemantauan menyediakan pemasangan serta peralatan dengan percuma. 


Pemantauan Individu  Memberi Amaran Sekiranya 
Terdapat Kejadian Luar Biasa

Apakah Pemantauan Individu ?
Pemantauan Individu bermaksud anda akan dimaklumkan apabila terdapat kejadian luar biasa dengan mengaktifkan sistem keselamatan tersebut secara automatik tanpa merujuk ke syarikat pengawasan. Anda yang akan menggendalikan penggera itu sendiri bersama pihak ketiga serta berhubung antara jiran tetangga serta balai polis berdekatan.



Kelebihan Pemantauan Individu adalah anda akan dimaklumkan dengan segera, anda akan memeriksa apa yang berlaku di pejabat/rumah anda. Anda hanya perlu membayar kos peralatan dan tiada kos pemasangan diperlukan dan ini amat menjimatkan kos. 


Bilik CCTV untuk Pengawasan Video

Sistem penggera atau sistem pengawasan video?
Oleh kerana isu privasi, sistem pengawasan video hanya boleh dipasang di luar rumah untuk pengawasan perimeter, atau di kawasan keluar dan masuk rumah. Jika anda memerlukan penyelesaian keselamatan pangsapuri, maka sistem pengawasan video tidak dapat membantu anda. Biasanya bangunan pangsapuri dengan Pengurusan Hartanah Syarikat yang mengendalikan keselamatan bangunan.



Sistem pengawasan video sesuai untuk pejabat, gudang, villa dan rumah individu. Semasa memilih sistem pengawasan video, anda mungkin memerlukan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk memantau secara nyata, mengendalikan dan melaporkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa. Tanpa pengawal keselamatan, sistem pengawasan hanya menyediakan bukti (video) selepas sesuatu kejadian telahpun berlaku. 
Sistem penggera rumah digunakan secara meluas, anda mungkin mendapatinya di dalam rumah jiran anda. Ia sesuai untuk pejabat/apartment kecil, dari rumah ke vila, termasuklah peti besi bank. Kelebihan sistem penggera adalah mereka tidak akan menceroboh privasi kerana ianya memberi perlindungan yang berkesan, kos rendah serta harga yang berpatutan.

PIR - Mengesan Pergerakan 

Pengesan digunakan untuk Sistem Penggera
Pengesan setiap peralatan adalah berlainan dengan fungsi yang berbeza dan keupayaannya. Memilih pengesan yang terbaik untuk memenuhi keperluan  tertentu adalah sangat penting.



Pengesan berasaskan PIR: Sesuai untuk mengesan pergerakan di kawasan tertutup tanpa haiwan peliharaan.


Cara alternatif lain yang boleh diambil sebagai langkah-langkah keselamatan


1) Cat pejabat/rumah seperti balai polis warna biru putih sebab pencuri fobia dengan balai polis, pencuri tidak akan berani menjeling pun. Pejabat/Rumah anda akan selamat akhirnya.

2) Bela hutan lalang kalau boleh sampai paras leher di halaman rumah, letak perabot-perabot yang dah rosak  di luar pejabat/rumah dan bagi nampak macam berhantu. Kalau boleh bela sama pokok menjalar biar memanjat dinding pejabat/rumah manakala di bahagian tingkap pejabat/rumah gantung telekung atau baju-baju lusuh. Kalau nampak macam gambar di atas kira lulus.

3) Gantung atau letak papan tanda sebesar mungkin 'Pejabat atau Rumah untuk Disewa/Dijual sebab pencuri tidak akan masuk ke pejabat/rumah kosong.

4) Bela haiwan untuk menjaga pejabat/rumah anda... kalau boleh paling kurang pun harimau, buaya atau ular sawa.

Okey, sebenarnya tips di atas tu merapu saja, tapi kalau nak cuba apa salahnya tapi tiada jaminan la, tips di bawah adalah yang sebenar dan digalakkan untuk keselamatan pejabat dan rumah anda:

1) Jangan lupa kunci pintu menggunakan padlock yang kuat.

2) Kunci tingkap juga. Pasang Grill untuk lebih selamat.

3) Jika anda berpindah ke pejabat/ rumah yang pernah digunakan, tukar kunci asalnya.

4) Bila anda tiada di pejabat/rumah, pasangkan lampu, tv atau radio. Gunakan suis automatik untuk aktifkannya.

5) Tutup tirai terutama di malam hari.

6) Lapor kepada pihak polis jika ada perkara mencurigakan di sekitar pejabat/rumah anda.

7) Pasangkan lampu keselamatan di kawasan luar pejabat/rumah.

8) Pasangkan sistem keselamatann seperti PIR. Kalau mampu pasangkan CCTV.

9) Tukar kunci, jika anda kehilangan anak kunci.

Sekiranya anda ingin melihat salah sebuah produk PIR yang murah dan berkesan, sila klik di sini >>>> The Home Guard (Telefon Keselamatan)




No comments:

Post a Comment

Post a Comment