Sunday, December 30, 2012

The Home Guard (Telefon Keselamatan)


Ianya satu penyelesaian keselamatan yang sempurna! Cara pemasangan yang amat mudah dan sesuai digunakan di pejabat dan rumah di mana saja untuk mencegah segala kegiatan pecah masuk yang boleh mengakibatkan kehilangan harta benda malah nyawa sekali. 

Kenapa sistem keselamatan amat penting? Sila klik di sini >>>> Sistem Keselamatan di Pejabat dan Rumah 

The Home Guard akan memanggil anda di mana saja anda berada di dunia apabila penceroboh berjaya dikesan olehnya.





SISTEM KESELAMATAN & TELEFON RUMAH 

Anda secara automatik akan menerima panggilan segera dari The Home Guard di mana saja anda berada pada telefon bimbit anda atau talian telefon biasa termasuklah ke nombor sambungan anda. Sistem ini membenarkan anda mendengar suasana persekitaran di mana The Home Guard berada, bercakap dalam satu hala (untuk menjerit atau memberi amaran) serta mengaktifkan  siren ketika penceroboh memasuki bilik pejabat, pangsapuri, villa, rumah, gudang, kedai atau mana-mana lokasi bernilai bagi anda.

Sistem The Home Guard

Ciri-ciri The Home Guard:
1. Ianya adalah 2 Dalam 1 menurut keperluan anda, anda boleh menetapkan The Home Guard sebagai sistem penggera keselamatan atau telefon biasa.
2. Apabila suis The Home Guard ditolak ke  'Security' (Keselamatan), PIR yang berada di The Home Guard akan mengelurkan sensor/gelombang untuk mengesan sebarang pergerakan manusia. Apabila penceroboh melalui kawasan pengesan PIR The Home Guard, ianya secara automatik akan menelifon ke tiga-tiga nombor telefon yang telah anda masukkan ke dalam The Home Guard.
3. The Home Guard yang dikendalikan oleh kuasa bateri CR2032 litium disimpan di dalam unit kawalan perisian dan tidak menggunakan tenaga bateri yang banyak melalui sistem PIR dan boleh ditukar ganti dengan mudah.
4. The Home Guard boleh disambungkan secara langsung ke talian telefon atau terus ke satu pusat kawalan (PABX) untuk talian sambungan (extension).
5. Mudah di program ke mana-mana 3 nombor telefon untuk panggilan keluar / sambungan.
6. Sistem berteknologi tinggi yang digunakan bagi membolehkan sistem PIR mengesan dengan tepat.

Gambarajah The Home Guard

Bagaimana untuk memasukkan sehingga 3 talian nombor telefon ke sistem amaran keselamatan The Home Guard:


1. Mula-mula tolak ke butang 'Security' (Keselamatan) dan kemudian tekan butang 'SET' selama 2 saat. Lebih kurang dalam 30 saat, LED akan berwarna merah & ketika itu memasukkan nombor-nombor telefon anda untuk sistem amaran keselamatan The Home Guard seperti berikut:-

a. Bagi memasukkan nombor telefon pertama untuk sistem amaran keselamatan, sila ikuti perkara berikut:
Tekan butang '1', apabila LED berkelip 'Hijau' sekali dan terus masukkan nombor telefon. Setelah selesai tekan butang 'STORE', LED akan berkelip hijau sekali menandakan nombor telefon pertama telah berjaya dimasukkan.


b. Bagi memasukkan nombor telefon kedua untuk sistem amaran keselamatan, sila ikuti perkara berikut:
Tekan butang '2', apabila LED berkelip 'Hijau' dua kali dan terus masukkan nombor telefon. Setelah selesai tekan butang 'STORE'LED akan berkelip hijau dua kali menandakan nombor telefon kedua telah berjaya dimasukkan.


c. Bagi memasukkan nombor telefon ketiga untuk sistem amaran keselamatan, sila ikuti perkara berikut:
Tekan butang '3', apabila LED berkelip 'Hijau' tiga kali dan terus masukkan nombor telefon. Setelah selesai tekan butang 'STORE'LED akan berkelip hijau tiga kali menandakan nombor telefon ketiga telah berjaya dimasukkan.

2. Selepas selesai masukkan nombor telefon/nombor sambungan, seterusnya tekan butang 'SET' sehingga LED berwarna merah hilang atau tunggu selama 20 saat dan LED berwarna merah secara automatik akan hilang. Nombor-nombor telefon tersebut kini telah disimpan dan telah sedia untuk digunakan.

Bagaimana untuk menggunakan The Home Guard sebagai telefon biasa:




1. Letakkan ke kedudukan 'TEL' untuk menjadikannya sebagai telefon.
2. Untuk membuat panggilan keluar: Tekan butang 'TALK', LED akan berwarna hijau. Kemudian tekan nombor telefon yang anda ingin hubungi. 
3. Untuk menjawab panggilan masuk: Tekan butang 'TALK', LED akan menjadi hijau. Ketika itu panggilan tersebut telah anda jawab dan anda boleh bercakap dengan pemanggil.
4. Selepas tamat perbualan anda, tekan butang 'TALK', LED akan dimatikan, anda kini boleh meletak telefon ketempat asalnya.





Bagaimana untuk digunakan sebagai sistem penggera:
1. Letakkan The Home Guard di dalam kedudukan 'Security' (Keselamatan) dan hadapkan PIR nya menghala kekawasan yang ingin dipantau. The Home Guard akan mengambil kira-kira 60 saat sebelum ianya aktif. Ketika ini lampu LED akan berwarna merah.
2. The Home Guard secara automatik akan memanggil nombor telefon  yang telah ditetapkan apabila sensor pengesan berjaya mengesan sebarang pergerakan badan di dalam kawasannya iaitu 6 meter kehadapan. 

Buku Panduan Penggunaan The Home Guard di Sediakan

Apakah tindakan anda apabila anda menerima panggilan dari The Home Guard:
Terdapat 4 butang pada telefon bimbit atau telefon biasa yang akan digunakan oleh anda bergantung kepada pilihan anda iaitu butang '*' untuk mendengar kawasan persekitaraan dari The Home Guard, butang '1' untuk aftikkan sistem penggera pada The Home Guard, butang '0' untuk bercakap menggunakan suara pembesar (intercom) pada The Home Guard & butang '#' untuk mematikan sistem keselamatan The Home Guard. Penjelasan terperinci diterangkkan di dalam 'User's Manual' (Buku Panduan) yang disertakan bersama dengan set The Home Guard.


Bila dan bagaimana untuk menggantikan bateri:
The Home Guard hanya menggunakan 1 x bateri CR2032 lithium semasa di dalam kedudukan 'Security' (Keselamatan) dan ianya hanya digunakan apabila PIR berjaya mengesan pergerakan tubuh. Apabila ianya berbunyi "beep-beep" setiap 5 saat, bermakna baterinya telah lemah dan sila tukarkan bateri tersebut.
Nota: Bateri disediakan di dalam setiap set The Home Guard.

Sekiranya anda berminat untuk membeli The Home Guard dan ingin melihat The Home Guard tersebut, sila klik di sini >>>> The Home Guard (Telefon Keselamatan) & Cara Pembeliannya











No comments:

Post a Comment