Tuesday, December 18, 2012

Stickarrt (Papan Putih Elektrostatik)

Di dalam dunia yang serba moden ini, ramai pencipta-pencipta telah mencipta dan memperlbagaikan barangan untuk kemudahan pengguna-pengguna semua. Oleh yang demikian kita mungkin tidak terfikir terdapatnya sebuah produk iaitu 'Papan Putih Elektrostatik'.


Papan Putih Elektrostatik

Apakah ia 'Papan Putih Elektrostatik'?
Ianya adalah diperbuat dari plastik putih yang mempunyai elektrostatik. Sila klik di sini untuk mengetahui apakah itu elektrostatik >>>> Pengenalan Elektrostatik

Papan Putih Elektrostatik direka sebagai papan putih yang boleh digulung dan amat sesuai untuk kegunaan di rumah, sekolah, pejabat, bilik permainan hinggalah untuk kegunaan di  kelas serta bilik lembaga pengarah. Ia boleh di padam sekiranya menggunakan pen penanda papan putih yang bukan kekal. Papan Putih Elektrostatik boleh dilekatkan di mana-mana permukaan keras yang rata menggunakan teknologi elektrostatik, jadi pelekat atau paku tidak diperlukan. Antara kelebihannya yang paling menarik adalah setiap helai boleh digunakan lebih dari 20 kali (mengikut syarat penjagaan yang betul) dan mengitar semulanya apabila anda sudah bersedia untuk membuangnya.

Antara contoh produk Papan Purih Elektrostatik di luar:

Jenama: Magic Whiteboard (sekotak: 25 helai harga: USD59)

Perbezaan serta kelebihan Papan Putih Elektrostatik berbanding papan putih biasa:


1. Papan Putih biasa memerlukan tempat untuk di gantung manakala Papan Putih Elektrostatik tidak memerlukannya hanya lekatkan sahaja pada permukaan yang keras dan rata.
2. Papan Putih Elektrostatik direka untuk aktiviti mobil yang senang untuk di bawa ke mana-mana.
3. Papan Putih Biasa tidak di reka untuk aktiviti di luar berbanding Papan Putih Elektrostatik yang boleh digunakan di dalam semua keadaan.

Perbezaan serta kelebihan Papan Putih Elektrostatik berbanding kad manila:


1. Kad manila memerlukan gam untuk dilekatkan di sesuatu permukaan dan tidak seperti Papan Putih Elektrostatik.
2. Kad manila hanya boleh digunakan sekali sahaja perbanding dengan Papan Putih Elektrostatik.
3. Jika berdasarkan kos, adalah lebih jimat menggunakan Papan Putih Elektrostatik yang boleh digunakan berulang kali sehingga 20 kali.

Jenama: Stickarrt (Papan Putih Elektrostatik)

Di sebakan produk sebegini tidak ramai yang mengetahuinya, saya mengambil kesempatan di sini memperkenalkan salah satu jenama yang boleh dimiliki ramai iantu Jenama Stickarrt. Harganya adalah lebih murah mengikut pasaran tempatan dan mempunyai 24 helai dalam satu kotak. 


Stickarrt adalah helaian papan putih yang boleh melekap dengan sendirinya. Anda boleh melekapkan ia di mana-mana produk papan putih yang lain tidak boleh diletakkan di situ. Stickarrt boleh melapisi dan melekap di kabinet pintu, permukaan kayu, dinding batu yang rata, permukaan papan putih sedia ada yang telah rosak dan permukaan kaca. Stickarrt (Papan Putih Elektrostatik) begitu mudah alih dengan menyediakan permukaan plastik yang putih terang hanya dalam beberapa minit sahaja.



Ianya mudah digunakan. Berikut adalah cara dan langkah-langkah menggunakan Stickarrt:


Langkah Pertama
Koyakkan di sepanjang garisan pembukaan di bahagian bawah kotak Stickarrt.
Nota: Kotak Stickarrt juga direka untuk digantung jika perlu.



Langkah Kedua
Tarik keluar Stickarrt perlahan-lahan dengan kemas.






Langkah Ketiga
Lekapkan Stickarrt ke mana-mana permukaan rata seperti almari kayu, pintu, batu, kaca, dinding biasa dan lain-lain lagi.





Langkah Keempat
Tulis dengan pen penanda papan putih dan padam dengan kain lap / tisu / cebisan kain





Langkah Kelima
Anda boleh mengoyakkan Stickarrt di sepanjang garis putus di antara Stickarrt mengikut keperluan anda dan melekapkan ia semula di tempat lain.




* Melekat dengan sendirinya mudah untuk dibuka dan dilekat semula

* Mengurangkan kos dan menjimatkan kertas dan alam sekitar

* Kualiti yang tinggi sebagai alternatif pengganti papan putih

* Boleh dibuka semula dan diguna semula banyak kali yang perlu

* Di tulis dengan menggunakan penanda papan putih dan dipadam dengan kain lap / tisu / cebisan kain


* Digunakan sebagai permukaan 'projector'

* 24 helai STICKARRT dalam setiap kotak


Cara Penjagaan Stickarrt:



Stickarrt jangan dilipat tetapi hendaklah digulung supaya ianya dalam keadaan yang baik.


Sekiranya ingin membawa Stickarrt yang telah digunakan ketempat lain, adalah baik Stickarrt tersebut digulung dahulu pada sebatang rod plastik.




.Tujuanya adalah bagi mengekalkan elektrostatik pada permukaannya dan mengekalkan jangka hayat Stickarrt tersebut untuk digunakan berulang kali.

Sila klik sini untuk memahaminya secara teknikal >>>> Pengenalan Elektrostatik





Sekiranya anda berminat untuk membeli Stickarrt dan ingin melihat jenis-jenis Stickarrt tersebut, sila klik di sini >>>> Jenis-Jenis Stickarrt & Cara Pembeliannya

No comments:

Post a Comment