Tuesday, December 11, 2012

Perjalanan Roh bersama Bio Magnetik di Syarikat E-Dymium Network Sdn Bhd

[Sambungan dari Tajuk: Perjalanan Roh bersama Bio Magnetik di BMT International Sdn Bhd  <<< klik di sini]

Nota: Ibu Pejabat E-Dymium di Puchong, Selangor


Nota: En Johan (Raja Lawak) di dalam iklan Gelang Dymium

Ketika saya selaku pengurus di Syarikat BMT International Sdn Bhd di mana syarikat tersebut adalah ibu syarikat kepada Syarikat E-Dymium Sdn Bhd dan di antara tugas staf-staf Syarikat BMT adalah untuk membantu Syarikat E-Dymium dan sebagai kumpulan di belakang tadbir. Ketika itu Syarikat E-Dymium telah pun berjaya menembusi pasaran luar negara.

Nota: En Afiez (staf BMT) bersama Dato' AC Mizal bersama peserta Akademi Fantasia semasa penerangan ringkas Gelang Dymium


Nota: Ketika E-Dymium menerima anugerah GEKO 2009
Dari kanan: Encik Arnaz, Dr Kumar


Ditambah pula ketika Dato’ AC Mizal menjadi pengacara Akademi Fantasia, syarikat telah menjadi antara ‘sponsor’ utama bagi rancangan tersebut membuatkan nama E-Dymium terus melonjak naik dan menjadi terkenal di seluruh Malaysia bersama produk gelang Dymium. Langit tidak sentiasa cerah, ketika syarikat telah berjaya iaitu termasuklah melahirkan 12 ahli E-Dymium menjadi jutawan, ketika itu ramai yang sudah lupa tujuan asal dan matlamat asal perniagaan produk bio magnetik. Penyampain kepada ahli-ahli E-Dymium semasa “Business Opportunity Meeting” (BOM) juga telah berubah di mana ketika itu syarikat E-Dymium juga telah memperkenalkan produk-produk baru yang lain antara contohnya aroma terapi, jus Magno dan sebagainya. Maksud saya apabila berubah adalah hanya 15 minit sahaja masa diperuntukan kepada penceramah produk untuk memaklumkan berkenaan maklumat produk gelang dan produk-produk  lain  manakala pelan pemasaran pula di panjangkan masa ke 45 minit sehingga sejam. 


Nota: En Baharin salah seorang dari Penceramah Plan Pemasaran E-Dymium yang hebat


Nota: Encik Nazreen @ Baba salah seorang penceramah E-Dymium 


Nota: Encik Shamsul Bahri penceramah E-Dymium dan pakar motivasi

Di dalam hati saya ketika itu terdetik persolan, dapatkah hanya 15 minit sahaja untuk penceramah menyampaikan maklumat kesemua produk-produk supaya ahli-ahli E-Dymium yang lain faham mengenainya? Ketika itu tugas saya untuk membantu Syarikat E-Dymium telah selesai kerana diberi tugas sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Syarikat BMT (Buss Dev). Selaku Pengurus ‘Buss Dev, perkara tersebut telah saya panjangkan ke pihak ‘Buss Dev’ E-Dymium namun ketika itu nasihat saya seolah-olah telah tidak dihiraukan oleh mereka kerana bagi pihak mereka pelan pemasaranlah menjadi kunci utama di atas kejayaan Syarikat E-Dymium.  Memandangkan mereka terlibat secara langsung dengan Syarikat E-Dymium dan staf-staf Syarikat BMT termasuk saya hanyalah orang dibelakang tadbir, saya menghormati keputusan mereka ketika itu dengan mengekalkan 15 minit sahaja untuk ‘penerangan produk’ & 45 minit ke sejam untuk ‘pelan pemasaran’.


Nota: Promosi Sambutan Ulangtahun Pertama E-Dymium di Akhbar Tempatan

Ketika itu semua staf syarikat tidak kira BMT ataupun E-Dymium bersama semua ahli E-Dymium mendapat rezeki yang mencurah-curah dari perniagaan syarikat di mana ramai yang telah mulai leka dengan kekayaan tersebut di mana rezeki itu sebenarnya datangnya dari Allah Yang Maha Esa. Saya bersama staf-staf Syarikat BMT juga turut merasakan tidak diperlukan oleh sesetengah pengurus-pengurus serta segelintir staf-staf Syarikat E-Dymium di mana satu ketika dahulu mereka semua juga turut  berasal dari sebuah syarikat yang sama iaitu BMT Intl Sdn Bhd. CEO saya ketika itu  tidak mengetahui terdapatnya konflik dalaman di dalam pengurusan antara kedua-dua syarikat yang turut memberi kesan terhadap masa depan kedua-dua syarikat selepas itu.

Nota: Perjalanan Roh bersama Cawangan E-Dymium Alor Setar


Nota: Perjalanan Roh bersama Pengurus E-Dymium Alor Setar
Dari kiri: En Zamri, Perjalanan Roh, Puan Ida

Ketika saya berada di Johor, sempat sahabat saya memperkenalkan saya dengan seorang stokis E-Dymium di sana. Saya hanya memperkenalkan diri saya sebagai staf syarikat di mana beliau memaklumkan beliau telah mendapat pulangan bonus E-Dymium di antara 40 ke 60 ribu sebulan. Saya turut merasa gembira di atas kejayaan beliau dan memandangkan saya ketika itu adalah pengurus R & D produk bagi Syarikat BMT, saya menanyakan kepada beliau bagaimana beliau penyampaian maklumat produk beserta demo produk. Beliau dengan spontannya menjawab “eh ada demo ke?”. Mendengar jawapan tersebut,  saya merasa kecewa kerana stokis E-Dymium yang memperolehi hampir 40 ke 60 ribu RM sebulan tidak mengetahui apa-apa berkenaan produk bio magnetik. Ianya bukan salah beliau sebenarnya kerana ketika itu Syarikat E-Dymium lebih mengutamakan ‘Plan Pemasaran’ melebihi ‘Pengetahuan Produk’. Adakah matlamat asal syarikat iaitu untuk membantu orang ramai melalui kaedah bio magnetik telah tersasar dengan lebih memikirkan keuntungan serta mementingkan kekayaan di dalam menjual produk bio magnetic ini? Perkara ini sentiasa bermain di kepala saya sehingga ke hari ini.


Nota: Dato' AC Mizal semasa bersama Syarikat E-Dymium


Nota: Dato' AC Mizal turut di demo keberkesanan gelang Dymium oleh penceramah Encik Nazreen @ Baba


Nota: Demo angkat kereta menggunakan gelang Dymium semasa pembukaan Cawangan Dymium Ampang di bawah pengurusan Dato' AC Mizal


Seperti dinyatakan tadi, langit tidak selalunya cerah, kekayaan boleh menyebabkan seseorang menjadi tamak dan ketamakan boleh mengubah manusia yang dahulunya tiada wang, kuasa ataupun pangkat menjadi seorang yang berbeza bila wang menjadi raja di hati. Rezeki yang telah diberikan telah ditarik balik sedikit demi sedikit sebagai pengajaran kepada setiap hamba Nya untuk kita merenung kembali di mana asal usul kita sebagai hamba Nya. Berlakulah pelbagai-bagai masalah syarikat dan ianya juga tidak dapat dielakkan apabila terdapat perselisihan faham di antara Dato’ AC Mizal bersama CEO syarikat yang secara tidak langsung telah memburukkan lagi keadaan pada waktu itu. Ketika itulah Dato’ AC Mizal telah membuat keputusan untuk keluar dari Syarikat E-Dymium dan sebagai duta gelang E-Dymium. Dato’ AC Mizal seterusnya telah menubuhkan “AC Konsortium” dan turut menjual produk gelang juga tetapi bukanlah gelang Dymium. Ramai yang ketika itu keliru, di mana mereka  menyangka gelang “AC Konsortium” adalah gelang yang sama di jual di E-Dymium padahal ianya adalah produk yang berbeza. Saya difahamkan En Arnaz dan Dato’ AC Mizal telahpun bermaaf-maafan dan telahpun melupakan kisah yang lampau semasa mereka berdua bersama-sama di Syarikat E-Dymium dan itulah sebaik-baiknya.


Nota: Perjalanan Roh semasa menyampaikan ceramah kepada ahli-ahli E-Dymium

Syarikat E-Dymium ketika itu mempunyai seramai hampir 200 staf dan ahli seramai 400 ribu mula bergoyang dari hari ke sehari. Ketika saya berada di Syarikat BMT, saya melihat ramai yang telah ‘angkat kaki’ bila mendapati syarikat E-Dymium mulai jatuh. Apa yang menyedihkan saya ketika syarikat masih kecil iaitu ketika tidak wujud lagi syarikat E-Dymium, semua staf2 yang bekerja dengan syarikat datang dengan seribu harapan kerana masing-masing mempunyai kesusahan masing-masing dan syarikat sebagai ‘platform’ untuk mereka mengubah nasib mereka ketika itu. Apabila masing-masing telah senang, ramai yang telah lupa asal usul kesusahan mereka dan ketika itulah mereka menyalahkan syarikat di mana mereka sendiri adalah sebahagaian dari syarikat tersebut. Kerana tidak mahu merasai kesusahan tersebut di atas sifat ego dan pentingkan diri, ramai termasuklah saya terpaksa berundur dari syarikat untuk meneruskan kehendak hidup masing-masing.


Nota: Dari kiri, En Baharin, En Arnaz dan kumpulan "Jadi Band"

Nota: Kumpulan "Jadi Band" ketika bersama E-Dymium


Setalah hampir beberapa bulan saya bekerja di luar, saya tidak dapat menipu diri saya dan menghubungi CEO saya untuk bekerja semula dengan syarikat di mana ketika itu Syarikat BMT telah tiada lagi yang tinggal hanyalah Syarikat E-Dymium. Syarikat BMT terpaksa dibubarkan demi menyelamatkan Syarikat E-Dymium untuk terus bertahan. CEO saya bersama rakan kongsinya bersetuju menerima saya kembali tetapi memberi maklumat awal “jika kamu ingin masuk syarikat ini kembali, kami tidak dapat menjanjikan apa-apa termasuklah membayar gaji kamu kerana syarikat sedang mengalami masalah kewangan”. Saya bersetuju memandangkan tujuan dan niat asal saya kembali ke syarikat bukan kerana wang tapi telah ditetapkan oleh hati saya hanya setahun untuk bekerja dengan syarikat disamping niat untuk cuba naikkan syarikat kembali samada ianya berjaya atau tidak kerana cagaran masa itu telah saya iktikad di dalam hati saya untuk selesaikan perjuangan tersebut.


Nota: Encik Ross Effendy, salah seorang pengarah BMT & seterusnya di tukarkan ke E-Dymium. Beliau saya gelarkan "Last In & Last Out" dan merupakan seorang yang begitu cekal dan tabah 

Apa yang tinggal ketika itu hanya lebih kurang 20 staf sahaja (termasuk beberapa staf dari BMT) di mana kebanyakkan di antara mereka semasa syarikat berjaya, mereka adalah orang yang tidak mengambil kesempatan di atas kekayaan syarikat. Bagi mereka yg mengambil kesempatan telah lama ‘angkat kaki’, walaubagaimanapun tidak semua begitu kerana ada di antara mereka yang lain perlu meneruskan hidup dengan mencari rezeki yang lain. Di situ bermulalah peperangan melawan ‘diri’ masing-masing dengan bukan menyalahkan sesiapa lagi bila Allah turut memberi pelbagai ujian kepada semua staf syarikat yg masih tinggal ketika itu. Apabila direnung kembali, tiada sesiapa lagi melihat produk gelang bio magnetik Dymium ketika itu seakan-akan Allah ingin menjadikannya sebagai pengajaran kepada semua.

Saya akui antara sebab saya kembali ke syarikat adalah disebabkan CEO (Encik Arnaz) adalah abg kandung saya sendiri , tetapi apa yang ramai tidak tahu sepanjang saya bekerja dengan Encik Arnaz, banyak yang telah saya pelajari semasa berniaga dan di antaranya bagaimana ingin berniaga mengikut cara Rasullullah berniaga iaitu dgn jujur dan amanah. Antara yg saya ingat hingga kini adalah seperti berikut:

1. Ketika saya mula-mula bekerja bersama Encik Arnaz  (ketika itu saya di dalam kursus peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan saya sebagai pegawai tentera), saya terlibat dengan perniagaan kereta recon Encik Arnaz (sebelum beliau membuka Syarikat BMT dan Syarikat E-Dymium).  Ketika itu beliau mempunyai seorang pengurus cina dan saya masih ingat lagi ketika pengurus cina tersebut memaklumkan padanya, “abg Arnaz, itu millage kita adjust buat zeroing”, beliau memarahi pengurusnya di depan saya sambil berkata, “jangan menipu, kereta hantar servis, tunjuk kat pelanggan resit kita sudah servis..kalau mahu tipu atau buat jahat...tentukan kita boleh bunuh orang baru buat jahat atau tipu...jika tidak jangan cross garisan ini”.

2. Ketika Syarikat BMT International Sdn Bhd dibuka sebelum saya bekerja secara tetap dengan beliau, rakan kongsinya bersama bapa saya menasihati beliau untuk menutup syarikat kereta recon di mana beliau berdegil untuk menutupnya walhal syarikat kereta beliau mengalami kerugiaan sehingga mereka menyangka beliau betul-betul gilakan kereta. Beliau sempat bekongsi kepada saya apa yang tersirat di dalam hatinya ketika saya berdua dgn beliau di sebuah kedai minum. Beliau meluahkan kepada saya, “abg ti (panggilannya kepada saya) bukan taknak tutup buss kereta tu, abg ti kesian memikirkan nasib kedua2 staf syarikat kete (sambil menyebut nama2 mereka), jika tutup dia org nak kerja apa...kedua2nya hanya mempunyai pengalaman kereta..” jawabnya spontan.


Nota: Encik Arnaz semasa melawat kilang E-Dymium


Nota: Pekerja-pekerja kilang E-Dymium sedang memasang Gelang Bio Magnetik Dymium

3. Ketika saya mula bekerja dengannya di Syarikat BMT Intl Sdn Bhd selaku Pengurus Roadshow, beliau sempat berpesan kepada saya, “Kita kalau berniaga ikutlah sunnah Rasullullah, jangan menipu, cakap harga kita beli berapa dan jual berapa tapi ceritalah kenapa kita jual harga macam ni, ceritalah kos dan sebagainya untuk mereka faham”. Dalam hati saya, ada lagi ke org buat ikut cara Rasullullah berniaga di mana semasa Rasullullah menjual buah, baginda akan cerita berapa harga sebenar baginda beli.  Allah telah tunjukkan kepada saya ketika itu bahawa Encik Arnaz  bukan hanya berkata-kata sahaja di mana pernah satu ketika dahulu ketika E-Dymium sedang maju, ramai pengedar dan pesaing ingin mengetahui harga sebenar gelang Dymium dan ada yg  cuba untuk mengedar gelang2 mereka tersebut ke E-Dymium. Mereka mencari-cari siapakah orang di belakang takbir yg bertanggungjawab di dalam urusan gelang E-Dymium. Setelah mereka mengetahui bahawa ianya adalah tanggungjawab Syarikat BMt Intl, mereka telah berjumpa dengan Encik Arnaz dan bertanyakan harga sebenar gelang-gelang  tersebut. Di depan mata saya, CEO saya telah memberitahu harga sebenar gelang tersebut yg beliau perolehi dari kilang dan menawarkan kepada mereka jika mahu mencari kilang-kilang murah serta pelbagai-bagai barang yang lain, beliau sudi membawa mereka kesana berjumpa dengan pemilik kilang2 tanpa mengharapkan apa-apa balasan.


Nota: Encik Azizi ketika temu bual di dalam sebuah majalah tempatan berkenaan gelang Dymium


4. CEO saya asalnya seorang juru terbang MAS di mana gaji beliau ketika itu cukup lumayan. Saya tidak terkejut apabila beliau berniaga kerana minat beliau semenjak kecil memang sukakan berniaga. Ketika beliau di sekolah rendah beliau pernah menjual buah-buah jambu dari pokok jambu arwah nenek saya kepada rakan-rakan sekolahnya. Ketika beliau membuka kedai kereta recon, beliau sempat memaklumkan kepada saya, “abg ti berniaga bukan utk duit, kalau ikutkan abg ti kerja di dalam MAS, gaji pun dah lebih dari cukup. Abg ti lihat perniagaan ni macam membesarkan anak2, dari kecil sedikit demi sedikit lama2 ianya menjadi besar/dewasa”.

5. Ketika syarikat tengah jatuh, bapa saya dan ramai lagi menasihkan Encik Arnaz utk memulakan kerjaya asalnya kembali sebagai juruterbang MAS (ketika itu beliau mengambil cuti tanpa gaji selama 2 tahun dgn pihak MAS), beliau menjawab, “saya tidak boleh kerja sebagai juruterbang buat masa ini ketika syarikat tengah jatuh dan memerlukan perkhidmatan saya”. Saya pernah menasihati beliau, “abg ti, tutuplah syarikat.., syarikat hampir mustahil untuk di selamatkan”. Beliau menjawab “ jika abg ti tutup syarikat ini, staf-staf syarikat yang masih tinggal hendak kerja di mana, apakah nasib mereka nanti jika syarikat ditutup”. Ketika itu beliau masih lagi juruterbang MAS. Beliau telah nekad di atas nawaitul beliau sendiri sehinggalah beliau telah di buang kerja oleh pihak MAS kerana gagal melapor diri setelah tamat cuti  selama 2 tahun kerana ingin menyelamatkan syarikat.


Nota: Encik Sabri bersama keluarga sedang mempromosikan gelang Dymium


6.  Pada penghujung Syarikat E-Dymium, ketika syarikat sudah tidak mampu membayar gaji staf-staf yang masih tinggal, Encik Arnaz telah memanggil semua staf termasuk saya. Beliau menyuruh semua staf mencari kerja lain dan bertanyakan satu soalan kepada semua, “kenapa kamu semua masih kerja lagi dgn syarikat?” sambil air mata beliau berlinangan. Ternyata tiada sorangpun staf yang menjawab persoalan beliau dan masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja. Disebabkan memikirkan semangat staf-staf beliau lagi..beliau meneruskan perjuangan beliau sehinggalah beliau kehilangan segalanya iaitu harta benda, anak isteri di mana di situlah permulaan sebuah kehidupan yang baru untuk beliau yang tidak pernah beliau terfikirpun selama ini
.
Namun, Allah tetap menguji hamba Nya mengikut kekuatan masing-masing. Masih terdapat lagi rezeki  selama beliau menguruskan syarikat-syarikat tersebut di mana terdapat lagi stok--stok syarikat seperti gelang Dymium dan stok-stok barangan lain untuk atau mungkin bagi meneruskan perjuangan asal di mana mula-mula syarikat ditubuhkan suatu ketika dahulu.

Nota: Brig Jen Dato' Roslan (Bersara) selaku 'Chairman' Syarikat E-Dymium bersama produk-produk E-Dymium


Perjalanan saya bersama ‘Bio Magnetik’ semasa berada di dalam kedua-dua syarikat tersebut sering seiring dengan perjalanan saya bersama dengan Encik Arnaz semasa itu. Suatu ketika dahulu, terlalu ramai mencari-cari beliau untuk dijadikan kawan disebabkan beliau adalah ‘somebody’ dan kini saya boleh melihat atau mengira dengan jari saya, tidak ramai yang mengingati beliau ketika beliau adalah “no body”. Sebagai adik apalah yg mampu saya lakukan hanya meneruskan niat asal kami menyampaikan serta menjual produk bio magnetik syarikat yang masih ada yang di amanahkan oleh Encik Arnaz kepada saya utk dikongsi kepada semua yg masih memerlukan produk kesihatan ini. Allah masih mengizinkan kami meneruskan niat tersebut di mana masih terdapat banyak lagi gelang bio magnetik Dymium di dalam simpanan saya dan jika ada yg berminat silalah isikan borang kaji selidik gelang di bawah sekali serta tinggallah nombor telepon saudara untuk dihubungi. 

Jika ditanya pada mereka yang terlibat di dalam dunia bio magnetik dari awal perjalanan syarikat tersebut sehinggalah pengakhiran syarikat itu, saya pasti tiada penyesalan pada setiap mereka tetapi ianya adalah perasaan penuh kesyukuran kerana diberi sedikit ‘ILMU’ kehidupan yang tiada nilai harganya utk kita sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya dari Nya Yang Maha Esa. Sesungguhnya untuk saya mendapat sedikit ilmu berkenaan ‘Bio Magnetik’ dari Nya, saya terpaksa membayar dengan harga yang tidak ternilai melalui pengalaman-pengalaman yang telah dilalui ketika itu.

Di antara testimoni pengguna gelang Dymium:





Izinkan saya berkongsikan antara satu pengalaman yang amat bernilai sekali di dalam hidup saya iaitu erti ‘keikhlasan’ semasa bersama syarikat. Ada ketika apabila saya bersama syarikat, pernah saya hanya mempunyai wang RM15 sahaja kerana sudah berbulan syarikat tidak dapat membayar gaji & memburukkan keadaan, anak-anak saya yang masih kecil telah kehabisan susu dan makanan di rumah. Ketika saya di dalam perjalanan balik pada waktu malam, saya terpaksa mengisi minyak kereta bagi meneruskan perjalanan. Di situ saya melihat seorg tua bergerak  serba lemah ke kereta saya untuk mengisi minyak di mana hati saya berdetik dengan pelbagai persoalan, “kesianlah dia, di mana anak-anaknya, kenapa dia kena bekerja di usia yang sebegini? Owhh ada lagi org susah dari saya rupanya”. Kerana asyik memikirkan pakcik tersebut, saya lupa akan kesusahan hati saya pada waktu itu, RM10 saya gunakan utk mengisi minyak & RM5 yang terakhir (ketika itu RM5 saya merasakan macam RM5,000 kerana itulah duit saya yang terakhir) saya berikan kepada pakcik itu sambil di dalam hati “aku beri duit ini kerana aku hanyalah perantaraan dari Allah kepada pakcik itu, bukan utk ku..semuanya adalah dari Nya”. Demi Allah beberapa hari kemudian, saya tergerak untuk melihat akaun bank saya, saya sungguh terkejut kerana terdapat RM11 ribu ringgit di dalamnya. Di pendekkan cerita, apa yang saya faham Allah cuma ingin menunjukkan saya apa ertinya yakin pada Nya dan menderma tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari Nya kerana sesunguhnya saya tidak layak mendapat balasan demikian di atas dosa-dosa yg telah saya lakukan. Ianya satu pengajaran untuk saya kongsi kepada semua, iaitu pertama..yakinlah pada Nya dan kedua mendermalah pada mereka yg memerlukannya.  

No comments:

Post a Comment