Wednesday, December 26, 2012

Dymium Aroma Terapi

Aroma Terapi - Bau-bauan semulajadi

Terdapat pelbagai-bagai produk aroma terapi yang telah digunakan oleh ramai orang mengikut keperluan dan citarasa masing-masing. Untuk mengetahui apakah kelebihan aroma terapi sila klik di sini >>>> Aroma Terapi.

Dymium Aroma Terapi

Di sini saya ingin memperkenalkan sebuah produk aroma terapi iaitu Dymium Aroma Terapi. Ianya adalah kombinasi balang Dymium bersama-sama minyak aroma terapi Dymium. Penggunaan semua jenis minyak aroma terapi Dymium secara keseluruhannya memberi kesan berikut:

1. Membersihkan dan memperbaiki kualiti udara persekitaran.
2. Memusnahkan dan menghapuskan bau yang tidak menyenangkan (tembakau, masakan, durian dan lain-lain).
3. Menjadi pewangi rumah dengan wangian pilihan anda.
4. Mengeluarkan ion-ion di mana ianya akan menjana dan meningkatkan tahap oksigen.
5. Mengawal bauan yang tidak enak
6. Pengurusan Tekanan (Stress)
7. Membunuh virus/bakteria di udara persekitaran

Tambahan kesan aroma terapi Dymium mengikut jenis-jenis minyak aroma terapi Dymium (refill):

Green Tea

1. Green Tea (Teh Hijau) – Bauannya amat menyegarkan dan dapat membantu melegakan keletihan serta mengantuk, meningkatkan imun sistem badan serta mengekalkan kesihatan. Ianya juga baik untuk membunuh bakteria/virus di dalam udara.

Eucalyptus

2. Eucalyptus – Bauannya yang melegakan dapat meningkatkan sistem pernafasan bagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan resdung. Ianya juga dapat mengekalkan tahap kesihatan yang sempurna.

Rose

3. Rose (Ros) - Bauannya yang wangi amat sesuai bagi mereka yang menyukai bauan bunga-bungaan di mana ianya amat sesuai untuk mendatangkan suasana yang romantis serta keriangan.

Sandalwood

4. Sandalwood (kayu gaharu) – Bauannya dapat menenangkan emosi di dalam mengurangkan suasana tegang serta keresahan. Ianya juga sebagai detoksifikasi terhadap penyakit fizikal.

Ramuan Minyak Aroma Terapi Dymium
Minyak aroma terapi Dymium adalah diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi. Ianya juga kaya dengan Phytocidere dengan fungsi menangkis serangga dan membasmi kuman. Semasa pembakaran pembakar, ion-ion negatif turut dipancarkan. Ini akan menghasilkan tindak balas alkali di dalam darah, memudahkan pernafasan, mengurangkan keletihan, mengaktifkan pembaharuan sel dan juga membantu meningkatkan sistem imun badan.

Ozoalcool
Minyak Aroma Terapi Dymium mengandungi Ozoalcool yang membentuk lapisan ozon semulajadi di udara untuk memusnahkan virus/bakteria yang di bawa udara dan mengeluarkan bau yang wangi. Ia juga meningkatkan tahap oksigen persekitaran. Minyak Aroma Terapi Dymium mempunyai pelbagai jenis minyak aroma terapi yang berbeza bagi membantu di dalam cara yang berbeza seperti Eucalyptus membantu untuk mengubati resdung / asma serta masalah pernafasan manakala Ros untuk mencipta suasana romantis dan lain-lain lagi.


Balang Dymium Aroma Terapi

Setiap Balang (Diffuser) Dymium datang dengan Pelindung Atas (Threaded Cap), Penutup (Stopper), Leher Balang (Diffuser Neck), Pembakar & Sumbu (Burner & Wick) dan Corong (Funnel). Minyak aroma terapi  (essential oil)  pula akan di masukkan secara berasingan ke dalam Balang Dymium Aroma Terapi sebelum digunakan.

Minyak Aroma Terapi Dymium (Dymium Refill): Green Tea (Teh Hijau), Rose (Ros), 
Eucalyptus & Sandalwood (Kayu gaharu)

Langkah-Langkah Menggunakan Dymium Aroma Terapi

Berikut adalah langkah-langkah cara penggunaan Dymium Aroma Terapi yang betul berdasarkan gambarajah di atas:

Langkah 1: Letakkan balang (D) di atas tempat yang stabil, keluarkan penutup (B).
Langkah 2: Tuangkan minyak aroma terapi sebanyak 2/3 penuh menggunakan corong (G) ke dalam balang (D).
Langkah 3: Masukkan sumbu (F) bersama pembakar (E) ke dalam balang (D) dan tentukan pembakar (E) dalam kedudukan rapat dengan leher balang (C). Tutupkan pembakar (E) dengan penutup (B). Biarkan sumbu (F) terendam di dalam minyak aroma di dalam balang (D) lebih kurang 20 minit. Kesannya, minyak aroma terapi akan naik meresap ke pembakar (E).
Langkah 4: Keluarkan penutup (B) dan nyalakan pembakar (E) dengan mancis atau pencucuh api selama 2 minit.
Langkah 5: Kemudian tiup nyalaan api pada pembakar (E) tersebut.Wangian aroma terapi di dalam balang (D) tersebut akan mula tersebar ke udara. Seterusnya letakkan perlindung atas (A) di atas pembakar (E). 
Langkah 6: Sekiranya Aroma Terapi tersebut tidak digunakan, keluarkan pelindung atas (A) dan tutupkan dengan penutup (B) pada pembakar (E) tersebut untuk mematikannya.

Pembakar bersama Sumbu

Pembakar Dymium Aroma Terapi:

Satu pembakar Dymium boleh digunakan sehingga 200-250 nyalaan. Jangka hayatnya kira-kira beberapa tahun bergantung kepada berapa kerap anda menggunakannya.
Setiap pembakar (batu) akan datang bersama-sama dengan sumbu.

1) Sila keluarkan pembakar bersama sumbu di dalam balang aroma terapi yang mempunyai minyak aroma terapi jika ianya tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama sebagai contoh setahun. Ia boleh menyebabkan pembakar tersumbat atau menyebabkan pembakar menjadi reput.

2) Hanya gunakkan minyak aroma terapi Dymium sahaja bagi mengelakkan minyak aroma terapi lain yang tidak sesuai dengan pembakar tersebut. Jangan cuba campurkan minyak-minyak aroma terapi di dalam bekas yang sama. Campuran minyak aroma terapi dari jenama berbeza adalah dilarang sama sekali kerana setiap jenama minyak aroma terapi mempunyai saiz molekul minyak yang berbeza-beza dan hasilnya akan menyebabkan kerosakan kepada pembakar tersebut. Ianya juga boleh menyebabkan tindak balas kimia yang tidak baik untuk kesihatan.

Sekiranya anda berminat untuk membeli produk Dymium Aroma Terapi dan ingin melihat produk-produk tersebut, sila klik di sini >>>> Jenis-Jenis Dymium Aroma Terapi & Cara Pembeliannya


Soalan-Soalan Lazim:

1) Bolehkah saya menggunakan balang Dymium dengan minyak aroma terapi yang lain yang bukan dari minyak aroma terapi Dymium?
Tidak boleh. Jangan berbuat demikian. Ianya boleh menyebabkan kerosakan terhadapa pembakar.

2) Jika masih terdapat minyak aroma terapi Dymium yang ditinggalkan di dalam balang dan saya ingin menggunakan minyak aroma terapi Dymium yang lain, bolehkah saya campuran kedua-duanya?
Tidak boleh. Mencampurkan minyak tersebut akan menyebabkan kesan yang berbeza terhadap ciri-ciri dan boleh mengakibatkan tindak balas kimia. Anda harus menggunakan balang yang lain atau tunggu sehingga ianya telah habis di balang tersebut

3) Berapa lama harus saya menggunakan bauan Dymium Aroma Terapi untuk mendapatkan kesannya?
Ianya bergantung kepada susun atur serta pengudaraan kawasan tersebut dan juga keperluan yang anda bagi tahap wangian dan kebersihkan udara yang anda inginkan. Sekiranya sesuatu kawasan tersebut adalah 1000 kaki persegi, ianya akan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mendapat kesannya. Jika kawasan tersebut adalah kecil, anda hanya memerlukan lebih kurang 10 - 15 minit sahaja. Jika anda merasakan bahawa bauannya adalah terlalu kuat, anda hanya perlu menutup pembakar dengan penutup untuk menghentikan pengeluaran aroma terapi tersebut.


4) Adakah balang Dymium Aroma Terapi selamat kepada anak-anak saya?
Ya tetapi ianya perlu dijauhi dari anak-anak kecil sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan mereka dari meminum minyak aroma terapi dan juga mengelakkan kecederaan semasa proses membakar pembakar yang juga di dalam keadaan yang panas.


5) Di manakah boleh menggunakan balang Dymium?
Di mana-mana tempat selagi balang Dymium diletakkan di dalam keadaan yang stabil.

6) Berapa lama jangka hayat pembakar?
Ianya sehingga 200-350 kali nyalaan.

7) Bagaimana langkah-langkah yang perlu saya buat untuk menggunakan balang Dymium untuk kali pertama?
a) Tuangkan 2/3 penuh minyak aroma terapi di dalam balang.
b) Masukkan sumbu ke dalam balang.
c) Tutup dengan penutup dan biarkan sumbu direndam rendam selama 20 minit.
d) Keluarkan penutupnya dan pembakar akan basah.
e) Nyalakan pembakar tersebut selama 2 minit dan tiup api tersebut selepas itu.
f) Letakkan perlindung atas di atas pembakar.

8) Apakah fungsi-fungsi utama minyak aroma terapi Dymium?
Ianya untuk membuang bau, bunuh virus/bakteria, membersihkan udara, ionizer, meningkatkan oksigen, sebagai Aroma Terapi, mengawal bauan yang tidak enak & pengurusan tekanan (stress).

9) Berapa banyakkah minyak aroma terapi yang perlu saya isi ke dalam balang?
Isikan dengan penuh 2/3 dari balang tersebut untuk pertama kali penggunaannya. Isi berapa banyak yang anda kehendaki bagi kali kedua dan seterusnya asalkan ianya tidak memenuhi balang tersebut.

10) Mengapa balang aroma terapi Dymium lebih baik daripada lilin atau bekas kemenyan?
Ianya adalah kerana balang aroma terapi membakar tanpa nyalaan api yang terbukas mengurangkan risiko bahaya kebakaran di mana lilin dengan nyalaan terbuka adalah lebih berbahaya terhadap risiko tersebut. Balang Dymium boleh meningkatkan oksigen di mana lilin pula akan menghasilkan karbon dioksida.

11) Apabila saya menyalakan pembakar saya dan api adalahsetinggi  4 inci. Adakah ianya biasa?
Ya, ianya biasa. Anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila pembakar (batu) dipanaskan. Jangan letakkan ia berdekatan dengan bahan-bahan yang mudah terbakar bagi mengelakkan bahaya kebakaran api.

12) Adakah pembakar Dymium sesuai dengan semua jenis balang Dymium?
Ya. Ianya sesuai dengan mana-mana balang Dymium.

13) Berapa liter kah untuk 1 botol minyak aroma terapi Dymium (refill)?
Untuk jualan, ianya sebanyak 1 liter mengikut semua jenis aroma terapi Dymium.

14) Di manakah perlu saya meletakkan minyak aroma terapi Dymium dab balang Dymium saya?
Pada permukaan yang stabil. Jauhi daripada kanak-kanak dan juga tidak digalakkan untuk meletakkannya di tempat persekitaran yang panas kerana minyak tersebut mudah terbakar.

15) Apakah perkara yang saya harus beri perhatian?
a) Jangan membawa balang Dymium semasa ianya masih menyala dengan api. Ini boleh menyebabkan kebakaran sekiranya balang tersebut terjatuh.
b)  Minyak aroma terapi tidak boleh diminum.
c) Basuh tangan serta kulit anda sekiranya minyak tersebut tertumpah pada bahagian tersebut.
d) Anda akan merasai sedikit pening kepala sekiranya anda adalah pengguna kali pertama/baru akibat kesan terapi dari Dymium Aroma Terapi.
e) Jangan gunakan aroma terapi dari jenama lain dengan pembakar Dymium

Sila klik di sini >>>> Jenis-Jenis Dymium Aroma Terapi & Cara Pembeliannya <<<< sekiranya anda berminat dengan produk ini.







No comments:

Post a Comment