Kajian
tentang cas elektrostatik dipanggil elektrostatik. Antara contoh-contohnya adalah seperti berikut:
1. Apabila
bahan plastik digosok dengan benang bulu, plastik ini akan menarik cebisan kertas.
2. Apabila
sekeping cermin dibersihkan dengan sehelai kain kering, cermin ini akan menarik
gentian kain yang kecil dan juga habuk melekat kepadanya.
3. Apabila rambut disikat dgn sikat plastik, rambut akan tertarik kepada sikat. Penarikan
bahan-bahan ini adalah hasil daripada cas-cas elektronik yg terhasil daripada geseran.
Pendebungaan oleh Lebah
TAHUKAH ANDA?
Elektrostatik adalah penting dalam pendebungaan pokok oleh lebah. Cas pada badan lebah membantu menarik debunga semasa lebah terbang dari satu bunga ke satu bunga.
Gambarajah Menunjukkan Jenis-Jenis Cas Elektostatik dan Ciri-Cirinya
1. Semua
bahan terdiri daripada atom.
2. Atom
terdiri daripada electron, proton dan neutron.
3. Electron bercas
negatife (-). Proton bercas positif (+). Neutron adalah neutral (tidak
mempunyai cas).
4. Atom
boleh menerima dan kehilangan cas.
5. Atom yang
bercas positif akan kehilangan elektron.
6. Atom yang
bercas negatife menerima elektron.
7. Atom yang
neutral mempunyai bilangan cas positif dan negatife yang sama.
8. Apabila
dua penebat elektrik yang berlainan digosok bersama, elektron akan dipindahkan
dari satu penebat ke penebat yang satu lagi.
Tindakan Menggosok Memindahkan Elektron
9. Penebat
yang menerima elektron akan bercas negatif kerana mempunyai cas negatif yang
berlebihan. Contohnya , mengosok kain bulu ke pen yang menjadikan pen bercas
negatif.
10. Penebat yang kehilangan elektron akan bercas positif kerana mempunyai cas positif yang berlebihan. Maka, kain bulu dalam contoh di atas adalah bercas possitif.
Cas-Cas Menarik
11. Cas yang
berlainan akan menarik antara satu sama lain. Cas yang sama menolak antara satu sama
lain.
12.
Penarikan dan penolakan bahan-bahan bercas membuktikan satu daya yang dikenali daya
elektrostatik wujud antara cas-cas elektrik.
13. kekuatan
daya elektrostatik ditentukan oleh kuantiti cas.
Elektron dan Proton
TAHUKAH ANDA?
Elektron adalah sangat ringan iaitu 1/1 836 kali daripada jisim proton.
Bagaimanakah Menghasilkan
dan Mengesan Cas-Cas Elektrik?
1. Geselan
menyebabkan elektron-elektron dari satu bahan dipindahkan ke bahan yang lain. Ini
menghasilkan cas elektron.
Bahan-Bahan dan Jenis Cas Elektrostatik Apabila Digosok Bersama
2. Bahan-bahan yang
berbeza menghasilkan jenis cas elektrostatik yang berbeza apabila digosok antara
satu sama lain seperti gambarajah di atas.
Elektroskop
3.
Elektroskop adalah satu alat yang mengesan cas elektrik.
4. Apabila
satu objek bercas dibawa menghampiri ceper logam suatu elektroskop, keranjang
emas mencapah daripada rod logam, atau bergerak menjauhi logam.
5. Ini
adalah kerana objek yg bercas seperti pembaris yang bercas negatif mempengaruh
cas positif pada ceper logam manakala cas negatif pada rod logam dan kerajang
emas.
6. Apabila
satu objek neutral di bawa menghampiri rod logam suatu elektroskop, keranjang
emas tidak akan bergerak.
Antara produk yang menggunakan teknologi Elektrostatik adalah Produk Papan Putih Eloktrostatik. Untuk mengetahui produk tersebut dengan lebih lanjut, sila klik di sini >>>> Stickarrt (Papan Putih Elektrostatik)
Antara produk yang menggunakan teknologi Elektrostatik adalah Produk Papan Putih Eloktrostatik. Untuk mengetahui produk tersebut dengan lebih lanjut, sila klik di sini >>>> Stickarrt (Papan Putih Elektrostatik)
No comments:
Post a Comment